Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) KPKT

PENGENALAN

 

Enterprise Architecture (EA)

Satu pendekatan untuk menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan Pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA). EA juga merupakan pendekatan untuk menjajarkan STRATEGI BUSINESS dan STRATEGI ICT. Pelaksanaan EA membolehkan organisasi mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.

 

MyGovEA

MyGovEA menyediakan rangka kerja dan metodologi bagi  membantu sektor awam di Malaysia membangunkan amalan terbaik EA.  Tujuan utama MyGovEA adalah bagi menyediakan satu pendekatan umum merangkumi beberapa fasa dan plot templat bagi memastikan pembangunan EA disektor awam adalah konsisten.

 

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL . 1 TAHUN 2020

 

PKPA Bil . 1 Tahun 2020 mengandungi dokumen panduan MyGovEA : Pelaksanaan Pendekatan Reka bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam bertujuan memberikan panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan Pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA).
 

Panduan dalam PKPA ini merangkumi:

  • Menerangkan tujuan, kumpulan sasaran dan isi kandungan.
  • Memberi pengenalan tentang EA dan objektif pelaksanaan MyGovEA.
  • Menjelaskan tentang Rangka Kerja MyGovEA yang merangkumi enam (6) komponen iaitu visi, prinsip, domain, tadbir urus, metodologi, serta tools dan repositori.
  • Menjelaskan aktiviti prapelaksanaan EA iaitu mengenai persediaan yang perlu dilakukan oleh agensi sebelum melaksanakan EA.
  • Struktur Tadbir Urus EA Sektor Awam dan Peringkat Agensi.
  • Menerangkan langkah langkah dan aktiviti aktiviti yang dijalankan di setiap peringkat metodologi MyGovEA.
  • Menerangkan tentang tindakan yang perlu diambil oleh agensi setelah sesuatu kitaran hayat pelaksanaan EA selesai.

 

PELAKSANAAN EA KPKT

PELAKSANAAN EA KE ATAS PROGRAM UTAMA KPKT

 

FASA I (PROGRAM PERUMAHAN) DAN (PROGRAM PINJAMAN WANG DAN PAJAK GADAI)

 

Pelaksanaan EA di KPKT bermula secara rasmi pada 1 Julai 2016 melalui Projek Pembangunan EA Sektor Awam (MyGovEA) Fasa 1 secara rintis bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).


Program Perumahan dan Program Pinjam Wang dan Pajak Gadai telah dipilih sebagai skop pelaksanaan EA di KPKT berdasarkan kepada Pelan Strategik KPKT 2016-2020, Teras Strategik 1: Meningkatkan Pembangunan Perumahan Berkualiti, Kawal Selia dan Penyelesaian Pertikaian Perumahan Yang Cekap dan Berkesan Ke arah Masyarakat yang Sejahtera dan Teras Strategik 5: Membangunkan Modal Insan yang Berintegriti Bagi Memantapkan Tadbir Urus.

fasa 1

Pelaksanaan EA Fasa I di KPKT melibatkan lima (5)  fasa pelaksanaan selari dengan metodologi MyGovEA iaitu fasa Initiate, Assess, Define, Build/Operate dan Monitor. Tempoh pelaksanaannya adalah selama 10 bulan iaitu bermula Julai 2016 sehingga Mei 2017.

 

 

fasa1-jadual

 

Pelaksanaan EA di JPN dapat membantu JPN dalam meningkatkan keupayaan bisnes secara berstruktur dan sistematik, supaya JPN dapat menjadi peneraju dalam perancangan, pembangunan dan pemantauan sektor perumahan yang mapan (established) dan mampan (sustainable). Manakala BKK pula dapat meningkatkan keupayaan bisnes secara berstruktur supaya BKK dapat menjadi peneraju dalam pemantauan dan pengawalseliaan industry PPW dan PPG.  Melalui fasa penilaian (As-Is) dan proses analisis jurang dan peluang, architecture roadmap telah dibangunkan yang telah mengenal pasti program/projek yang dirancang mengikut 3 kategori jangka masa pelaksanaan iaitu Jangka Masa Pendek, Jangka Masa Sederhana dan Jangka Masa Panjang.

 

 

FASA1-ROADMAP

PEMBANGUNAN ARCHITECTURE ROADMAP DAN IMPLEMENTATION & MIGRATION PLAN UNTUK JPN

 

 

Fasa1-roadmap-bkk

PEMBANGUNAN ARCHITECTURE ROADMAP DAN IMPLEMENTATION & MIGRATION PLAN UNTUK BKK

 

 

 

FASA II (SEKTOR PENGURUSAN KPKT)

 

Pelaksanaan EA di KPKT diperluaskan kepada Sektor Pengurusan KPKT iaitu melibatkan 5 bahagian bermula dengan Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) pada tahun 2020 melibatkan 3 fasa utama iaitu Initiate, Assess dan Define. Tempoh pelaksanaan adalah bermula Mac 2020 sehingga Oktober 2020 iaitu selama 8 bulan.

 

Fasa2-Pelaksanaan

GARIS MASA PELAKSANAAN EA KPKT TAHUN 2020

 

 

Pada tahun 2021, Pelaksanaan EA diteruskan dengan Bahagian Kewangan & Perolehan, Bahagian Akaun dan Bahagian Khidmat Pengurusan melibatkan 3 fasa dalam methodologi MyGovEA iaitu Iniatiate, Assess dan Define.

 

 

Fasa2

GARIS MASA PELAKSANAAN EA KPKT TAHUN 2021

 

 

FASA III (PERKHIDMATAN PERUMAHAN DAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL)

 

Pelaksanaan EA bagi perkhidmatan perumahan melibatkan Bahagian Perancangan Perumahan (BR) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) manakala perkhidmatan pengurusan sisa pepejal melibatkan Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau (BH), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Tempoh pelaksanaan adalah selama 10 bulan bermula pada Mac 2022 hingga Nov 2022 menggunakan perkhidmatan coaching oleh Syarikat ATD Solution Sdn. Bhd.

 

Pelaksanaan EA menggunakan perkhidmatan coaching ini melibatkan tiga (3) Skop Kerja Utama dalam pembangunan EA  di peringkat Strategik dan Segmen iaitu:


Skop Kerja 1 : Seminar EA kepada Pegawai KPKT
Skop Kerja 2: Perkhidmatan  Coaching Pembangunan EA berdasarkan metodologi MyGovEA
Skop Kerja 3: Latihan Pensijilan Professional kepada Arkitek EA KPKT

 

Fasa3-coaching

PELAKSANAAN EA KPKT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN COACHING

 

 

Fasa-3-2022

RINGKASAN AKTIVITI DAN GARIS MASA PELAKSANAAN EA KPKT TAHUN 2022

 

 

FASA IV (PERKHIDMATAN LANDSKAP)

 

Pelaksanaan EA bagi perkhidmatan landskap melibatkan Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Bahagian/Jabatan lain yang berkaitan. Tempoh pelaksanaan adalah selama 10 bulan bermula pada April 2023 hingga Feb 2024. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT ( JPICT) KPKT Bil 1 2023 pada 16 Februari 2023 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Enterprise Architecture bagi tahun 2023 melibatkan fungsi pembangunan landskap dengan menggunakan khidmat nasihat daripada pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kini dikenali sebagai Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital

 

Fasa4

MISI TO-BE PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN LANDSKAP

 

FASA V (PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN DAN PERANCANGAN BANDAR)

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPKT Bil. 3/2024 pada 26 Julai 2024 telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) bagi tahun 2024/2025 ke atas fungsi perkhidmatan pembangunan dan perancangan bandar melibatkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebagai Jabatan utama bersama-sama dengan Bahagian/Jabatan lain yang berkaitan. Pembangunan ini menggunakan khidmat nasihat daripada pihak Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital. Fasa V ini sedang dalam pelaksanaan.

 

 

 

 

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN EA KPKT

India

THE OPEN GROUP CONFERENCE AND AWARDS FOR INNOVATION AND EXCELLENCE DI BANGALORE, INDIA PADA  22 DAN 24 FEBRUARI 2018

KPKT memenangi Award of Distinction bagi Pelaksanaan Pembangunan Enterprise Architecture Fasa 1 bagi Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai dan Jabatan Perumahan Negara.

 

india

MALAYSIA BUSINESS TECHNOLOGY ARCHITECTURE AWARDS 2022

KPKT memenangi kategori Digital Customer Experience pada pada 18 Mei 2023 sempena Persidangan Business IT Architecture Series tahun 2023.

 

STRUKTUR TADBIR URUS EA KPKT

 

Tadbir-Urus

 

TERMA RUJUKAN
PEJABAT ENTERPRISE ARCHITECTURE (EAO) KPKT

 

PEJABAT ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) KPKT

  • Menyelaras dan memantau secara keseluruhan pelaksanaan EA
  • Memastikan pelaksanaan EA KPKT secara berterusan
  • Mengenal pasti skop dan sumber yang akan terlibat dalam pelaksanaan EA KPKT
  • Memantau pelaksanaan program/ projek
  • Mengenal pasti dan menilai trend teknologi terkini
  • Menguruskan permintaan perubahan (change request)

 

PENGARAH EAO KPKT

  • Mengetuai EAO KPKT
  • Menyelaras aktiviti pasukan dalam EAO dengan pasukan lain dalam KPKT
  • Memastikan pengetahuan mendalam mengenai pelan strategik dan persekitaran teknologi KPKT
  • Mengenal pasti peluang kerjasama merentasi Bahagian/ Jabatan/ Agensi KPKT dan inisiatif baharu sejajar dengan keperluan bisnes KPKT dan Agenda Transformasi Kerajaan
  • Menggerak dan memantau program-program yang menjajarkan strategi business dan ICT
  • Memberi khidmat nasihat atau rundingan kepada Bahagian/ Jabatan/ Agensi KPKT serta agensi Sektor Awam dalam membangunkan EA
  • Menyelaras keperluan latihan serta peruntukan kewangan bagi pegawai mempunyai pengetahuan asas EA dan keperluan pegawai menghadiri latihan EA sama ada latihan EA asas dan latihan EA khusus

 

PROJECT MANAGEMENT OFFICE (PMO)

  • Mengawasi aspek pengurusan projek dan kerja keurusetiaan
  • Memberi panduan dan bantuan dalam pelaksanaan EA
  • Melaksanakan perancangan peluasan EA
  • Melaksanakan dan memantau pelaksanaan dasar serta garis panduan berkaitan MyGovEA
  • Memantau keseluruhan kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek EA KPKT

 

PASUKAN PEMATUHAN EA KPKT

  • Mengurus dan memantau pelaksanaan EA KPKT serta menjadi daya penggerak utama amalan EA KPKT

 

PENGURUS PROJEK

  • Memantau dan memastikan pelaksanaan EA di peringkat Bahagian/Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi KPKT berjalan lancar serta memenuhi keperluan dan jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan amalan EA dilaksanakan secara berterusan di peringkat Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi KPKT.

 

PEJABAT PENGURUSAN PROJEK (PMO)

  • Mengurus dan memantau pembangunan EA serta menjadi daya penggerak utama amalan EA di peringkat Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi KPKT.

 

DOMAIN BUSINESS

  • Bertindak sebagai subject matter dalam pembangunan business architecture Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi KPKT.
  • Berunding dengan pengurusan atasan KPKT mengenai architecture semasa business dan architecture sasaran business bagi Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi KPKT.
  • Mengkaji, menganalisis, menilai idea dan peluang berkaitan perkhidmatan baharu yang ditawarkan atau menambah baik perkhidmatan sedia ada.
  • Memberi input dalam menakrif, membangun dan menyelenggara business architecture yang menerangkan bagaimana perkhidmatan dan operasi saling berkait untuk menyokong strategi business.
  • Memastikan penjajaran to-be business architecture dan to-be ICT architecture ialah selari dengan visi KPKT.

 

DOMAIN DATA

  • Membangunkan dan mengekalkan amalan terbaik dalam pengurusan data KPKT.
  • Membangun dan menguatkuasakan amalan baik untuk pengurusan dan integrasi data utama (master data).
  • Membangunkan pelan untuk integrasi sistem dan aliran kerja (work flow) bagi menyokong strategi business.
  • Menakrif strategi dan prinsip untuk pengurusan data.
  • Menakrif standard untuk penamaan, penerangan, tadbir urus, pemodelan dan pengstoran data dalam KPKT.
  • Memberi input dalam menakrif, membangun dan menyelenggara arkitektur data termasuk pengawasan rekabentuk struktur data serta metadata enterprise.
  • Melihat aspek pengurusan dan pengintegrasian data berdasarkan amalan terbaik dan teknologi terkini.
  • Memastikan pengetahuan mendalam mengenai amalan terbaik industri ICT dan teknologi terkini berkaitan pengurusan data.

 

DOMAIN APLIKASI

  • Memberi input dalam menakrif, membangun, menyelenggara arkitektur aplikasi termasuk pengawasan rekabentuk pembangunan sistem aplikasi berdasarkan amalan terbaik industri dan perkembangan teknologi terkini.
  • Memastikan pengetahuan mendalam mengenai amalan terbaik industri ICT dan teknologi terkini bagi menyokong keperluan business KPKT.

 

DOMAIN TEKNOLOGI

  • Memberi input dalam menakrif, membangun, menyelenggara arkitektur teknologi termasuk pengawasan rekabentuk pembangunan infrastruktur ICT berdasarkan amalan terbaik industri dan perkembangan teknologi terkini.
  • Memastikan pengetahuan mendalam mengenai amalan terbaik industri ICT dan teknologi terkini berkaitan infrastruktur teknologi bagi menyokong keperluan business KPKT.

 

PASUKAN ARKITEK EA

  • Menyelaras pembangunan arkitektur semasa (as-is) dan sasaran (to-be) EA KPKT menggunakan Sistem Repositori MyGovea (iServer)

 

KETUA ARKITEK

  • Mengetuai pembangunan architecture semasa dan architecture sasaran KPKT.
  • Menyediakan arah tuju architecture merentasi domain business, data, aplikasi dan teknologi.
  • Menyampaikan dan mengesyorkan hasil penilaian teknologi.
  • Memastikan pengetahuan mengenai amalan terbaik industri ICT dan teknologi terkini.
  • Memastikan sistem dan repositori MyGovEA terpusat, tersedia dan dapat dicapai untuk kegunaan pelaksanaan EA di KPKT.
  • Mengenal pasti dan menilai tren teknologi baharu EA yang boleh diguna pakai di KPKT dan Sektor Awam.

 

PEJABAT PENGURUSAN PROJEK (PMO) ARKITEK EA

  • Menyelaras dan mengurus capaian kepada sistem repositori MyGovEA untuk kegunaan pelaksanaan EA di KPKT.
  • Menyelaras dan memantau pembangunan architecture EA meliputi domain business, data, aplikasi dan teknologi.
  • Menyemak architecture EA yang dibangunkan oleh arkitek bagi memastikan ianya mengikut keperluan standard MyGovEA.
  • Melaksanakan kerja-kerja keurusetiaan dan memantau keseluruhan kemajuan pembangunan architecture semasa dan architecture sasaran sesebuah projek EA KPKT.

 

ARKITEK BUSINESS

  • Menakrif dan menyelenggara business architecture Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi yang menerangkan bagaimana perkhidmatan dan operasi saling berkait untuk menyokong strategi business agensi.
  • Bekerjasama dengan wakil perkhidmatan Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi untuk meneroka peluang selari dengan trend semasa.

 

ARKITEK DATA

  • Menakrif dan menyelenggara data architecture Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi.
  • Menyelia reka bentuk dan pelaksanaan data dan struktur metadata Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi.
  • Memastikan pengetahuan mendalam mengenai amalan terbaik industri ICT dan teknologi terkini berkaitan pengurusan data.

 

ARKITEK APLIKASI

  • Menakrif as-is application architecture agensi.
  • Membangun dan menyelenggara to-be application architecture.
  • Menyelia reka bentuk dan pelaksanaan sistem aplikasi peringkat KPKT untuk memastikan pematuhan kepada application architecture agensi.
  • Memastikan pengetahuan mendalam mengenai amalan terbaik industri ICT dan teknologi terkini bagi menyokong keperluan business agensi.

 

ARKITEK TEKNOLOGI

 

  • Menakrif as-is technology architecture KPKT.
  • Membangun dan menyelenggara to-be technology architecture
  • KPKT.
  • Menyelia reka bentuk dan pelaksanaan infrastruktur ICT peringkat KPKT bagi memastikan pematuhan kepada technology architecture KPKT.
  • Memastikan pengetahuan mendalam mengenai amalan terbaik industri ICT dan teknologi terkini berkaitan infrastruktur teknologi bagi menyokong keperluan business KPKT.

 

CHANGE MANAGEMENT OFFICE (CMO)

  • Membangun, menyelaras dan melaksanakan aktiviti pengurusan perubahan, program latihan dan program kesedaran berkaitan inisiatif MyGovEA untuk Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi KPKT mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
  • Memberi panduan bagi membantu Bahagian/ Unit/ Institut/ Tribunal/ Jabatan/ Agensi KPKT membangunkan EA berdasarkan rangka kerja dan metodologi MyGovEA.

 

 

GALERI AKTIVITI

GALERI AKTIVITI

  • Kursus Persediaan Pelaksanaan 1GovEA KPKT
  • Bengkel Penyediaan Architecture To-Be
  • Majlis Kick-off Architecture Visioning Pembangunan 1GovEA KPKT
  • Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan EA bersama Agensi
  • PELAKSANAAN EA KPKT FASA I
  • IASA Malaysia Business Technology Architecture Awards 2022
  • PELAKSANAAN EA KPKT FASA II
  • PELAKSANAAN EA KPKT FASA III
  • PELAKSANAAN EA KPKT FASA IV
  • PELAKSANAAN EA KPKT FASA V

 

PORTAL REPOSITORI MyGovEA

 

https://www.mygovea.gov.my/

 

 

image Alamat Surat - Menyurat
Bahagian Perancangan Strategik Dan Antarabangsa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 5, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.

 

No. Telefon : 603-8000 8000
No. Fax : 603-8891 3191
e-Mel : www.kpkt.gov.my                                                                                           

 


  •  
  • Print
  • Email this page