Menjadi peneraju dan pemangkin utama Kementerian menerusi perancangan strategik demi memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa unggul dan relevan.
|
|
Merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal perancangan strategik, keantarabangsaan, keurusetiaan dan Parlimen KPKT secara efektif.
|
|
|
Pemantauan dasar - dasar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dari segi tadbir urus melalui platform Jawatankuasa Semakan & Pemantauan Dasar (JSPD) serta Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP). |
|
Menyedia, memantau dan mengemaskini pelaksanaan Pelan Strategik KPKT. |
|
Menyelaras dan memantau perancangan serta pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT),KPKT. |
|
Menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif KPKT dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun. |
|
Menyediakan, menyelaras dan memantau laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI). |
|
Mengurusetiakan mesyuarat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri-Negeri (MEXCOPT), Mesyuarat Pascakabinet dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPKT |
|
Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan urusan hal-ehwal Parlimen. |
|
Menyelaras Kertas Jemaah Menteri (MJM) KPKT untuk kelulusan YB Menteri sebelum dikemukakan kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP) untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. |
|
Menyelaras dan menyediakan ulasan KPKT terhadap Memorandum Jemaah Menteri daripada Kementerian lain untuk kelulusan YB Menteri. |
|
Menyelaras maklum balas dan Nota Intervensi bagi mesyuarat-mesyuarat utama Kerajaan yang dihadiri oleh Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi KPKT. |
|
Menyelaras dan mengurus setia kunjungan hormat delegasi dalam negara ke atas anggota pentadbiran KPKT. |
|
Mengumpul, menyusun dan menganalisa data serta menerbitkan statistik KPKT secara berkala. |
|
Menyelaras kehadiran ke mesyuarat program antarabangsa. |
|
Merangka jalinan kerjasama startegik dengan organisasi antarabangsa. |
|
|
Menyelaras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan, Bahagian dan Agensi di bawah KPKT. |
|
Mengurus setia Mesyuarat Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan (MEXCOPT): 1 kali setahun |
|
Mengemukakan Kertas Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri selewat-lewatnya 2 hari sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan. |
|
Menyelaras dan mengemukakan ulasan KPKT terhadap Memorandum Jemaah Menteri Kementerian lain dalam tempoh 14 hari atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian/Agensi |
|
Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi YB Menteri/YB Timbalan Menteri/KSU ke luar negara dalam tempoh 2 bulan. |
|
Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing ke atas YB Menteri/YB Timbalan Menteri/KSU dalam tempoh 14 hari. |
|
Menyelaras dan menyediakan maklum balas hal ehwal antarabangsa yang melibatkan KPKT dalam tempoh 7 hari |
|
Melaksanakan peranan sebagai Sekretariat Induk bagi Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia di bawah United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) setiap tahun. |
|
Menyelaras penyertaan wakil KPKT sebagai National Representative ke Mesyuarat Tahunan ASEAN Smart Cities Network anjuran Sekretariat ASEAN. |
|
Mengemas kini dan menerbitkan statistik KPKT secara tahunan. |
|
Mengedarkan Quick Facts kepada Pengurusan Tertinggi KPKT secara bulanan. |
|
|
Alamat Surat - Menyurat |
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 5, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
|
Kemaskini pada 2024-01-05 10:58:03 daripada Administrator4