Penggerak dan pelaksana transformasi digital Kementerian ke arah mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan.
|
|
Memperkasakan pengurusan dan pembudayaan ICT bagi meningkatkan penawaran perkhidmatan digital Kementerian. |
|

|
Memastikan pelaksanaan dasar dan tadbir urus ICT yang berkesan di Kementerian. |

|
Meningkatkan kecekapan pengurusan sumber, keselamatan siber dan pembangunan aplikasi dalam penawaran perkhidmatan digital di Kementerian. |

|
Meningkatkan pembudayaan dan kompetensi digital dalam kalangan warga Kementerian. |
|
|

|
Merancang, menyelaras, melaksana serta memantau pemakaian dasar, peraturan dan piawaian berhubung dengan ICT. |

|
Merancang dan mengurus perolehan ICT bagi menyokong keperluan penawaran perkhidmatan digital di Kementerian. |

|
Mengurus pembangunan, penyenggaraan serta pelaksanaan produk aplikasi dan multimedia di Kementerian. |

|
Mengurus permohonan kelulusan teknikal serta pemantauan pelaksanaan projek ICT mengikut dasar, arahan, prosedur dan tatacara yang berkuatkuasa. |

|
Merancang, menyedia dan mengurus infrastruktur, perkhidmatan komunikasi bersepadu, maklumat digital serta keselamatan siber bagi memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan perkhidmatan digital di Kementerian. |

|
Menyediakan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat dalam aspek perancangan, strategi dan pelaksanaan projek ICT. |

|
Meningkatkan kemahiran, kompetensi dan pembudayaan ICT dalam kalangan warga Kementerian melalui pelaksanaan program-program yang bersesuaian dengan teknologi terkini. |
|
1.
|
Membangunkan aplikasi baru atau menambahbaik sedia ada berdasarkan keperluan pengguna yang telah dimuktamadkan mengikut tahap kompleksiti sistem:
|
|
i. |
Kurang kompleks: Tempoh 1-3 bulan |
ii. |
Sederhana kompleks: Tempoh 4-9 bulan |
iii. |
Kompleks: Tempoh lebih dari 10 bulan |
|
|
|
2. |
Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT KPKT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. |
3. |
Mengadakan mesyuarat penyelarasan dan pemantauan teknikal Laman Web KPKT sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. |
4. |
Membuat pemantauan akuan pematuhan Dasar Keselamatan Siber KPKT sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. |
5. |
Mengurus permohonan e-mel warga KPKT dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima. |
6. |
Menyelesaikan aduan berkaitan aplikasi, perkakasan atau perisian ICT yang dihadapi oleh pengguna KPKT seperti berikut: |
|
i.
|
Menyelesaikan aduan berkaitan perkakasan/perisian bagi pengguna di Ibu Pejabat dalam tempoh lima (5) hari bekerja; |
ii.
|
Menyelesaikan aduan berkaitan perkakasan/perisian bagi pengguna di Cawangan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja; |
iii.
|
Menyelesaikan aduan berkaitan ralat aplikasi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan |
iv.
|
Menyelesaikan aduan melibatkan Change Request aplikasi dalam tempoh mengikut tahap kompleksiti aplikasi. |
|
|
|
7. |
Memastikan kelulusan permohonan penggunaan Makmal Komputer BTM diberi selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan. |
8. |
Memastikan ketersediaan capaian kepada laman web kementerian adalah sekurang-kurangnya 95%. |
|
Untuk memuat turun borang berkaitan BTM, sila klik Borang Perkhidmatan atau Pentadbiran BTM.
|
|
|
Sila klik e-mel KPKT untuk memohon e-mel @kpkt.gov.my.
|
|
|
Etika Penggunaan Internet KPKT |
|
Dasar Keselamatan Siber KPKT |
|
Sila klik HelpDesk untuk menyatakan sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan kerosakan komputer atau e-mel.
|
|
|

Alamat Surat - Menyurat |
Setiausaha Bahagian
Bahagian Teknologi Maklumat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 13, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
|
Kemaskini pada 2024-12-16 17:13:10 daripada Administrator