Menjadi sebuah Bahagian yang cemerlang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan kerajaan. |
|
Melaksana dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan Kementerian bagi mempertingkatkan akauntabiliti awam.
|
|
 |
Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian dengan melaksanakan inspektorat dan khidmat nasihat. |
 |
Memantapkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian berdasarkan piawaian dan arahan yang berkuatkuasa. |
 |
Membantu pengurusan atasan kementerian dalam membuat keputusan yang berkesan melalui penyediaan Penyata Kewangan dan menganalisa laporan secara komprehensif. |
|
|
 |
Perakaunan Pengurusan |
 |
Perakaunan Kewangan |
 |
Perundingan dan Pemantauan |
|
OUTCOME 1: Peningkatan tahap ketepatan dan ketelusan maklumat kewangan. |
 |
Menyediakan Penyata Kewangan KPKT dengan tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, dasar dan prinsip perakaunan yang diterima umum. |
|
|
OUTCOME 2: Peningkatan tahap penyampaian pengurusan sistem perakaunan dan kewangan sektor awam yang cekap dan berkesan. |
 |
Membuat larian bayaran (run payment) bagi semua baucar yang lengkap dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh baucar diperaku. |
 |
Menguruskan pembayaran gaji bulanan semua penjawat awam Kementerian pada tarikh yang ditetapkan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia. |
 |
Meluluskan Sijil AP58(a) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap. |
 |
Melaksanakan Naziran ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) sekurang-kurangnya sekali dalam setahun atau berdasarkan arahan JANM. |
 |
Menyediakan Laporan Naziran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh exit meeting dengan Pusat Tanggungjawab (auditee). |
|
|

Bahagian Akaun
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 20 & 23, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
|
Kemaskini pada 2024-01-05 10:57:45 daripada Administrator4