| 
						 Menjadi suatu Bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara. 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
	
	
		
			
			
			
				
					
						Menjadi Bahagian yang :
						
							
								
									  | 
									
									 Diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan; dan 
									 | 
								 
								
									  | 
									
									 Mampu membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan  awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara. 
									 | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
	
	
		
			
			
			
				
					
						| 
						 Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dalam masa yang ditetapkan. 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
	
	
		
			
			
			
				
					
						|   | 
						Antara Fungsi Utama Bahagian ini adalah seperti berikut: 
						  | 
					 
					
						  | 
						
						 Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang  berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kementerian dan  agensi-agensi di bawahnya. 
						 | 
					 
					
						  | 
						
						 Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis  perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya  Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi. 
						 | 
					 
					
						  | 
						
						 Menggubal, menyemak atau membuat pindaan kepada undang-undang utama atau perundangan subsidiari. 
						 | 
					 
					
						  | 
						
						 Meneliti kertas siasatan yang dikemukakan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81], Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) serta perundangan yang berkaitan. 
						 | 
					 
					
						  | 
						
						 Menjalankan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81], Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) serta perundangan yang berkaitan. 
						 | 
					 
					
						  | 
						
						 Mengendalikan tindakan sivil yang dibawa oleh Kementerian. 
						 | 
					 
					
						  | 
						
						 Membantu Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara berhubung dengan tindakan sivil terhadap Kementerian. 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
	
	
		
			
			
			 
			
				
					
						|   | 
						
						 1. 
						 | 
						
						 Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dengan mengambil kira dasar Kerajaan, Kementerian dan kepentingan awam dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut. 
						 | 
					 
					
						|   | 
						2. 
						 
						 
						  | 
						
						 Menyediakan dan/atau menyemak draf kontrak/perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan yang lain supaya kepentingan Kerajaan terlindung dan teratur dari segi undang-undang dan penggubalan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut. 
						 | 
					 
					
						|   | 
						3. 
						 
						 
						  | 
						
						 Menggubal dan/atau menyemak draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari supaya teratur dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain yang berkuat kuasa dan dasar-dasar Kerajaan dalam tempoh empat puluh (40) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut. 
						 | 
					 
					
						|   | 
						4. 
						 
						  | 
						
						 Mengemukakan dokumen, laporan dan kertas kausa bagi kes sivil yang berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas dokumen dan maklumat lengkap diterima. 
						 | 
					 
					
						|   | 
						5. 
						  | 
						Meneliti dan memberi arahan serta menjalankan pendakwaan secara profesional bagi kes-kes jenayah menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sehingga kes selesai dengan mengambil kira kepentingan awam dan Negara. | 
					 
				
			 
			 | 
		
	

	
		
			
			
				
					
						  Alamat Surat - Menyurat | 
					 
				
			 
			Penasihat Undang-undang 
			Bahagian Undang-undang 
			Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
			Aras 19, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,  
			62100, Putrajaya, Malaysia.
			  
			
			 | 
		
	
								
		 
							
		Kemaskini pada 2024-01-05 10:55:07 daripada Administrator4