Menjadi teras peneraju utama jentera komunikasi dan perhubungan awam yang professional dan berwibawa.
|
|
Menterjemah hasrat Kementerian kepada kehendak kumpulan sasar melalui pendekatan perhubungan yang realistik serta memenuhi aspirasi masyarakat. |
|
|
Memastikan keberkesanan penyampaian dasar utama dan program KPKT melalui perancangan dan pelaksanaan pelan media.
|
|
Memastikan maklumat terkini berkaitan KPKT disebarkan secara efektif melalui laman web.
|
|
Menyelaras aduan-aduan diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.
|
|
Mempromosikan program-program KPKT melalui media cetak, media elektronik dan media sosial.
|
|
Memantau liputan berita dan isu KPKT di media cetak, media elektronik dan media sosial.
|
|
|
Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi Kementerian melalui pelbagai medium seperti media cetak dan elektronik;
|
|
Menyelaras aspek perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, serta temu bual khas media cetak dan elektronik;
|
|
Pemantauan berita/laporan media berkaitan Kementerian
|
|
Merancang dan melaksanakan publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi Kementerian melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram & Youtube
|
|
Menyediakan Infografik & Videografik berkaitan dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian
|
|
Menerbitkan Video Pendek berkaitan dasar, peranan, dan program Kementerian
|
|
Memantau dan mengurus maklum balas bagi aduan dan cadangan yang diterima melalui surat khabar, laman web, media sosial serta aduan daripada Biro Pengaduan Awam;
|
|
Menyelaras Kaunter dan Galeri KPKT di aras 1; |
|
Merancang dan mengendalikan urusan mendapatkan maklum balas kepuasan teras perkhidmatan Kementerian daripada orang awam dan pelanggan |
|
Merancang dan menyelaras kandungan Laman Web Kementerian ; |
|
Menyediakan jurugambar dan menyelaras penstoran (archiving) gambar-gambar aktiviti/program KPKT; |
|
Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, brosur, dan risalah; |
|
Menyelaras pameran dan aktiviti outreach KPKT bersama kumpulan sasar; dan |
|
Menyelaras persiapan taklimat, lawatan dari dalam negeri ke Kementerian. |
|
|
1. |
Menjalankan analisis ke atas kaji selidik kepuasan pelanggan mengenai kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di Kaunter Setempat KPKT. |
|
2. |
Mengeluarkan akuan penerimaan kepada pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan/pertanyaan yang lengkap diterima. |
|
3. |
Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; |
|
4. |
Penyelesaian aduan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut. |
|
Sila klik Carta Organisasi Unit Komunikasi Korporat. [Dalam pengemaskinian]
|
|
Alamat Surat - Menyurat |
Ketua Komunikasi Korporat
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 2, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon |
: |
603-8891 5555 |
No. Fax |
: |
603-8891 5557 |
e-Mel |
: |
pro[at]kpkt[dot]gov[dot]my |
|
Kemaskini pada 2024-11-27 16:31:33 daripada Administrator