Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan: |
||||
Perumahan dan Kerajaan Tempatan | ||||
i. | Kelulusan permohonan Lesen Pemajuan Perumahan (DL) yang lengkap diterima dalam tempoh 60 hari bekerja; | |||
ii. | Kelulusan permohonan Permit Iklan dan Jualan (AP) yang lengkap diterima dalam tempoh 60 hari bekerja; | |||
iii. | Memberi akuan penerimaan aduan/khidmat nasihat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diterima oleh Bahagian Pengurusan Strata, JPN; | |||
iv. | Surat Tawaran kemasukan unit-unit PPR dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas kelulusan daripada Pengurusan Tertinggi KPKT; | |||
v. | Menyelesaikan tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dalam masa satu ratus sepuluh (110) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes; | |||
vi. | Menyelesaikan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata dalam masa satu ratus lima puluh (150) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes; | |||
vii. | Menyerahkan Award kepada pihak yang berkenaan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh award; | |||
viii. |
Aduan PBT yang diterima oleh JKT: Memanjangkan aduan yang diterima daripada orang awam kepada PBT untuk siasatan awal dalam tempoh dua puluh empat (24) jam waktu bekerja setelah aduan diterima; dan | |||
ix. | Tindakan siasatan Jabatan Teknikal JKT: Melaksanakan siasatan awal seperti kejadian (banjir, pencemaran, tanah runtuh, kesihatan dan sebagainya) yang dimaklumkan oleh pihak PBT dan menyediakan laporan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. | |||
Kebombaan: | ||||
i. |
Kelulusan Permohonan bagi Perakuan Pelan Arkitektural dan Pelan Mekanikal & Elektrikal selewat-lewatnya empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima; | |||
ii. |
Pengeluaran Salinan Laporan Kebakaran/ Kecemasan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan | |||
iii. |
Pengeluaran Surat Sokongan Pelesenan Perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap sehingga surat sokong/ tidak disokong ditandatangani. | |||
Perancang Bandar, Landskap dan Pengurusan Sisa Pepejal: | ||||
i. |
Mendapatkan nasihat Mesyuarat Majlis Perancang dan Fizikal Negara (MPFN) dibawah subseksyen 22(2A) Akta 172 dalam tempoh empat (4) bulan selepas permohonan lengkap diterima; | |||
ii. | Menjawab permohonan penggunaan Taman Persekutuan bagi tujuan rekreasi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan | |||
iii. |
Kelulusan Permohonan bagi Lesen Baharu dan Pembaharuan Lesen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja setelah pengesyoran lengkap daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) diterima. | |||
Pengurusan Latihan, Kewangan dan Aduan: | ||||
i. |
Melaksanaan kursus I-KPKT mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 4.0 pada skala 1-5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian; | |||
ii. | Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas maklumat lengkap diterima; | |||
iii. | Akuan penerimaan aduan/pertanyaan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja dari tarikh diterima; | |||
iv. | Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan | |||
v. | Penyelesaian aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut. | |||
Kawalan Kredit dan Komuniti: | ||||
i. | Surat kelulusan bersyarat bagi lesen baharu dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh kelulusan pendaftar; | |||
ii. | Pengeluaran Surat Kelulusan Bersyarat PPW dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh kelulusan Pendaftar PPW; | |||
iii. | Pembaharuan lesen PPW / PPG dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan | |||
iv. | Pengeluaran Surat Pemakluman Kelulusan permohonan untuk mengadakan sesi lelongan dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas permohonan. | |||
*TB - Tidak Berkaitan (tiada sebarang permohonan atau aduan diterima pada bulan tersebut) | ||||
Tarikh Kemaskini :19 September 2023 |
||||
Kemaskini pada 2024-01-05 11:16:11 daripada Administrator