Menjadi suatu Bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara.
|
|
Menjadi Bahagian yang :
|
Diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan; dan
|
|
Mampu membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.
|
|
|
Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dalam masa yang ditetapkan.
|
|
|
Antara Fungsi Utama Bahagian ini adalah seperti berikut:
|
|
Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
|
|
Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
|
|
Menggubal, menyemak atau membuat pindaan kepada undang-undang utama atau perundangan subsidiari.
|
|
Meneliti kertas siasatan yang dikemukakan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81], Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) serta perundangan yang berkaitan.
|
|
Menjalankan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81], Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) serta perundangan yang berkaitan.
|
|
Mengendalikan tindakan sivil yang dibawa oleh Kementerian.
|
|
Membantu Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara berhubung dengan tindakan sivil terhadap Kementerian.
|
|
|
1.
|
Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dengan mengambil kira dasar Kerajaan, Kementerian dan kepentingan awam dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut.
|
|
2.
|
Menyediakan dan/atau menyemak draf kontrak/perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan yang lain supaya kepentingan Kerajaan terlindung dan teratur dari segi undang-undang dan penggubalan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut.
|
|
3.
|
Menggubal dan/atau menyemak draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari supaya teratur dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain yang berkuat kuasa dan dasar-dasar Kerajaan dalam tempoh empat puluh (40) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut.
|
|
4.
|
Mengemukakan dokumen, laporan dan kertas kausa bagi kes sivil yang berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas dokumen dan maklumat lengkap diterima.
|
|
5.
|
Meneliti dan memberi arahan serta menjalankan pendakwaan secara profesional bagi kes-kes jenayah menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sehingga kes selesai dengan mengambil kira kepentingan awam dan Negara. |
|
Alamat Surat - Menyurat |
Penasihat Undang-undang
Bahagian Undang-undang
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 19, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
|
Kemaskini pada 2024-01-05 10:55:07 daripada Administrator4