PRIVASI
Aplikasi mudah alih KPKT yang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada i-kreditKom, i-Gadaian dan i-Tegur (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi") yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh KPKT kepada pengguna dengan menggunakan peranti mudah alih. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store.
MAKLUMAT PERIBADI
1. Aplikasi ini mengumpulkan data peribadi atas persetujuan dan dikemukakan secara sukarela oleh pengguna aplikasi untuk membuat aduan yang dihantar kepada KPKT.
2. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan lain selain daripada tujuan yang dinyatakan di (1).
3. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak untuk tujuan komersil.
KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
KERAHSIAAN
Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi dilaksanakan penyulitan (encryption) dan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
KESELAMATAN DATA
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemaskini di halaman ini.
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Kemaskini pada 2024-01-08 16:06:56 daripada Administrator4