Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Perancangan Perumahan

Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan Carta Organisasi Alamat Surat - Menyurat |

Visi

Menjadi peneraju dasar perumahan negara menerusi perancangan strategik, inklusif, progresif dan lestari untuk kesejahteraan rakyat 

Misi

Merancang, melaksana, memantau, menyelaras, dan mengkaji semula pelaksanaan dasar bagi memastikan pelaksanaan mencapai misi Kementeria

Objektif
pointer_blue

Merancang, menggubal dan melaksana dasar-dasar berkaitan perumahan sebagai asas-asas bagi menyelaraskan perancangan dan pembangunan industri perumahan yang mampan (sustainable).

pointer_blue

Merancang dan melaksana pembinaan projek – projek PPR seluruh negara.

pointer_blue Menyerahkan rumah-rumah PPR yang telah siap kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Pihak Berkuasa Negeri bagi urusan pengisian secara sewaan atau pun jualan.

Fungsi
1.

Mengkaji, menggubal, menilai dan menambahbaik akta-akta berkaitan perumahan dan pengurusan strata iaitu :

pointer_blue

(a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118);

pointer_blue

(b) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757);

pointer_blue

(c) Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663);

pointer_blue

(d) Akta Sewaan Kediaman (sedang gubal);

pointer_blue

(e) Akta Pembangunan Komersial (sedang gubal);

pointer_blue

(f) Akta Pembangunan

  (g) lain-lain
   
2. Mengkaji, menggubal, menilai dan menambahbaik dasar- dasar/ peraturan/ pekeliling meliputi infrastruktur dan sosial  berkaitan dengan perumahan dan pengurusan strata seperti Dasar Perumahan Negara (DRN), Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM), Dasar Perumahan Awam dan kajian semula dasar-dasar berkenaan.
   
3. Memantau dan mengurus keperluan hala tuju SPNB dan PR1MA seperti mengesyorkan pelantikan Ahli Lembaga, termasuk di bawah Kerajaan Negeri dan lain-lain keperluan aturan.
   
4. Menjalankan kajian, kajian impak, penyelidikan serta unjuran meliputi aspek perumahan berkaitan sosio ekonomi, kewangan dan persekitaran.
   
5. Memastikan pelaksanaan dasar-dasar mengambil kira dasar-dasar utama Negara dan Kementerian termasuk SDGs, smart city dan safe city.
   
6. Menyediakan ekosistem perumahan negara yang berdaya saing dan mampu dimiliki berteraskan keseimbangan permintaan dan penawaran.
   
7. Mengadakan sesi libat urus, mengurus dan melaksanakan isu-isu berkaitan yang melibatkan Kerajaan Negeri/ Kerajaan Tempatan/ Kementerian/ Agensi lain bagi kluster perumahan dan pengurusan strata. 
   
8. Menyelaras input serta maklum balas untuk mesyuarat peringkat nasional dan luaran seperti  Regulatory Coordinator (RC), MEXCOPT, MPMMN, Majlis Raja-raja, RMKe-12, Belanjawan, NACCOL, EAC dan lain-lain serta mesyuarat dalaman yang berkaitan dengan isu perumahan.
   
9. Penyelarasan dan maklum balas berkaitan MNKT, lot kuota bumiputera, pemilikan hartanah warga asing, OBB (Perumahan) dan isu lain berkaitan perumahan.
   
10. Perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri:
  (i) menyediakan dan menyemak Kertas Jemaah Menteri / maklum balas / nota intervensi berkaitan perumahan dan pengurusan strata; dan
  (ii) melaksanakan keputusan-keputusan dasar Jemaah Menteri yang melibatkan KPKT.
   
11. Menyelaras data  berbentuk Quick Facts berkaitan perumahan dan data ad hoc untuk kegunaan Bahagian.
   
12. Menyelaras dan menyediakan Kertas Strategi  Perumahan di bawah Rancangan-rancangan Malaysia termasuk mengurusetiakan mesyuarat TWG on affordable Housing yang dipengerusikan oleh KSU KPKT.
   
13. Mengurusetiakan dan menyelaras mesyuarat-mesyuarat bilateral / multilateral bersama Kementerian / Agensi bagi dasar berkaitan perumahan dan pengurusan strata.
   
14. Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster Perumahan di bawah Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKT:
  (a) menyediakan Pelan Tindakan Kos Sara Hidup bagi  Kluster Perumahan;
  (b) memantau pelaksanaan strategi /program di bawah pelan tindakan tersebut; dan
  (c) menyelaras dan menyediakan kertas-kertas berkaitan Kluster Perumahan untuk Mesyuarat Eksekutif yang dipengerusikan oleh YB Menteri KPDNHEP dan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan.
   
15. Memberi pandangan berkaitan tafsiran pelaksanaan Akta 663.
   
16. Menyediakan Pangkalan Data Asas berkaitan Pengurusan Bangunan Berstrata di seluruh Semenanjung.
   
17. Mesyuarat Penyelarasan COB di PBT.
   
18. Menyelaras, merancang dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan sistem penyampaian Pesuruhjaya Bangunan Lawatan kerja ke Unit COB, JPN di PBT secara berkala.
   
19. Menjadi pusat rujukan industri perumahan negara.
   
20. Mengumpul, menganalisa dan mengesahkan integriti data berkaitan industri perumahan.
   
21. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Transit Belia .
   
22. Merancang, mengurus dan memantau keperluan kewangan dan prestasi peruntukan pembangunan projek PPR.
   
23. Menguruskan hal berkaitan pentadbiran, perkhidmatan, latihan, program, kewangan dan logistik Bahagian.
   
24. Menyelaras dan menyelia Sistem HRMIS Bahagian.
   
25. Menyelaras urusan keurusetiaan mesyuarat anjuran Bahagian.
   
26. Memantau hal berkaitan keselamatan dan kebersihan   pejabat.
   
27. Menyelaras sistem fail, rekod dan urusan surat-   menyurat Bahagian.
   
28. Menyelaras dan memantau sistem pengurusan aset dan stor Bahagian.
   
29. Menyelaras pelaksanaan prosedur kualiti Bahagian.
   
30. Penyelaras bajet dan kemaskini maklumat MyProjek.
   
31. Menguruskan perolehan tender/ sebutharga.
   
32. Penyelaras Parlimen yang berkaitan dengan dasar Perumahan dan Perumahan Awam.


Piagam Pelanggan
 
1. Menggubal, mengkaji semula dan meminda akta berkaitan perumahan dalam tempoh kurang daripada 3 tahun.
2. Menyerahkan rumah-rumah PPR yang telah siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan / Sijil Penghunian / Permit Penghunian kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Pihak Berkuasa Negeri bagi urusan pengisian secara sewaan atau pun jualan.


Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Bahagian Perancangan Perumahan


image

image Alamat Surat - Menyurat


Bahagian Perancangan Perumahan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 25, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100
Putrajaya

No. Telefon : 603-8000 8000

Kemaskini pada 2022-04-26 12:12:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page