Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Khidmat Pengurusan

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat-Menyurat |

Visi
Pemudahcara dalam perkhidmatan sokongan dan khidmat pengurusan KPKT yang cekap dan relevan.

Misi
Memberi khidmat pengurusan terbaik dalam aspek pentadbiran am, keselamatan, pengurusan aset dan fasiliti serta menyedia persekitaran kerja yang sihat dan kondusif kepada warga kementerian.

Objektif
 
pointer_purple Mengurus hal ehwal pentadbiran, kewangan dan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan pusat kos berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa;
pointer_purple Menyelaras majlis rasmi Kementerian serta memberi khidmat nasihat protokol;
pointer_purple Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod secara sistematik dan efisien di Kementerian selaras peraturan yang berkuat kuasa;
pointer_purple Merancang pengurusan fasiliti dan keselamatan di bangunan KPKT selaras piawaian yang berkuat kuasa.
pointer_purple Merancang dan menyelaras pengurusan aset dan stor Kementerian selaras dengan pekeliling yang ditetapkan;
pointer_purple Merancang pengurusan kenderaan Kementerian berdasarkan peraturan dan panduan yang ditetapkan; dan
pointer_purple Merancang pengurusan kualiti Kementerian bagi mencapai standard kualiti yang ditetapkan.

Fungsi
pointer_purple Unit Pentadbiran dan Pengurusan Rekod
 
pointer_purple   Mengurus program pengurusan rekod di Kementerian.
pointer_purple    Merancang hal ehwal pentadbiran, kewangan dan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan pusat kos.
pointer_purple   Menyelaras Digital Document Management System (DDMS2.0).
pointer_purple   Menyelaras pengurusan ruang pejabat Kementerian.
pointer_purple   Mengurus Penyewaan Premis Demis Kementerian.
pointer_purple   Menyelaras pengurusan keselamatan di Kementerian dari aspek fizikal, dokumen dan individu
pointer_purple   Mengurus Kereta Rasmi Jawatan dan Kenderaan Jabatan di Kementerian
pointer_purple   Mengurus fasiliti bangunan Kementerian.
pointer_purple

Unit Acara, Protokol dan Penerbitan

 
pointer_purple   Menyelaras pelaksanaan program dan majlis rasmi Kementerian.
pointer_purple    Menyelaras penyertaan Kementerian dalam program anjuran  Kementerian/Jabatan luar.
pointer_purple   Menyedia bantuan teknikal dan memberi khidmat nasihat protokol majlis Kementerian.
pointer_purple   Menyelaras pengurusan perpustakaan Kementerian. 
pointer_purple   Menyelaras pelaksanaan program memartabatkan Bahasa di Kementerian.
pointer_purple   Menyelaras tempahan melalui sistem e-Tempahan bilik mesyuarat, dewan dan bilik gunasama di Kementerian.
pointer_purple

Unit Pengurusan Aset dan Stor

 
pointer_purple Menyelaras Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kementerian.
pointer_purple Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset (JKPAK) Kementerian.
pointer_purple Memantau pengurusan aset dan stor di Jabatan dan agensi.
   
pointer_purple Unit Kualiti
 
pointer_purple Merancang dan memantau Pensijilan MS ISO 9001:2015 (Pengurusan Kualiti) dan Pensijilan MS 1900:2014 (Pengurusan Kualiti - Perspektif Islam).
pointer_purple Menyelaras dan memantau Semakan Semula dan Laporan Bulanan Piagam Pelanggan.
pointer_purple Menyelaras dan memantau pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat Kementerian dan Jabatan.
pointer_purple Memantau dan menyelaras Penarafan MyGPI di Kementerian.
pointer_purple Menyelaras pelaporan pencapaian prestasi bahagian.
   

Piagam Pelanggan
   
1. Menyediakan kad akses bagi semua anggota yang berkhidmat di KPKT dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah menerima borang lengkap daripada pemohon;
2. Mengurus permohonan tempahan kenderaan pejabat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan;
3. Mengurus permohonan tempahan bilik mesyuarat, dewan dan bilik serbaguna dalam masa satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
4. Menerima surat masuk, direkodkan dan diedarkan dalam masa satu (1) hari bekerja dari tarikh surat diterima;
5. Mengimbas dan memuat naik surat ke dalam Digital Document Management System (DDMS) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
6. Memproses pembukaan dan pendaftaran fail baharu dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan;
7. Memproses kelulusan permohonan barangan stok dalam tempoh dua (2) hari bekerja; dan
8. Memproses kelulusan permohonan pinjaman aset milik BKP dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
   

Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Bahagian Khidmat Pengurusan.

 

image

 
image Alamat Surat - Menyurat

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 16, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.

 


Kemaskini pada 2024-12-27 10:44:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page