1. | Apakah perbezaan antara Majlis Daerah / Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? | ||
Majlis/Dewan Bandaraya | Majlis Perbandaran | Majlis Daerah | |
|
|
|
|
2. | Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang? | ||
Jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah. | |||
3. | Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya. | ||
Rujuk statistik PBT DI SINI. Rujuk senarai PBT DI SINI. Rujuk senarai agensi diberi kuasa PBT DI SINI. |
|||
4. | Adakah PBT terletak di bawah bidang kuasa KPKT dan apakah bidang tugas Jabatan Kerajaan Tempatan terhadap PBT? | ||
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas JKT khususnya dan KPKT amnya adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. | |||
5. | Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT? | ||
Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun melalui JKT/KPKT. | |||
6. | Bolehkah pihak JKT/KPKT membantu orang ramai sekiranya ada masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT? | ||
Boleh. JKT/KPKT boleh merujuk masalah tersebut kepada PBT yang berkenaan untuk mendapatkan laporan mengenainya. Sekiranya masalah tersebut didapati serius, JKT/KPKT akan meminta bantuan daripada PBT berkenaan untuk memberi penjelasan serta mengambil tindakan sewajarnya. | |||
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 25 - 29, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya No. Telefon : 03-8891 3000 No. Faksimile : 03-8891 3090 E-mel : jkt@kpkt.gov.my |
|||