Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim : Kerjaya Bersama Bomba

1. Apakah tugasan dan cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
  Berikut adalah tugasan dan cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia: 
  pointer Memadam kebakaran di struktur
  pointer Unit Udara
  pointer Memadam kebakaran di struktur tinggi
  pointer Unit Pengesan K-9
  pointer Memadam kebakaran di hutan
  pointer Unit EMS
  pointer Menyelamat di jalan raya
  pointer Komunikasi
  pointer Unit Motosikal Gerak Cepat
  pointer Unit Hazmat
  pointer Unit Mencari Dan Menyelamat
  pointer Unit 'MUST'
  pointer Unit Menyelamat Di Dalam Air
  pointer Unit Penyiasatan Kebakaran
     
2. Apakah skim-skim yang terdapat dalam perkhidmatan Bomba?
  Berikut adalah skim-skim yang ada di dalam perkhidmatan bomba:
  i. Skim Pegawai Bomba (KB 17) - Kelulusan SPM
  ii. Skim Penolong Penguasa (KB 29) - Kelulusan Diploma
  iii. Skim Penguasa Bomba (KB 41) - Kelulusan Ijazah
     
3. Bagaimanakah cara memohon kerja sebagai Pegawai Bomba?
  Semua proses pengambilan anggota baru adalah di bawah tanggungjawab pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Kekerapan untuk mengambil anggota baru juga adalah di bawah bidang kuasa pihak SPA. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak membuat temuduga terbuka untuk jawatan-jawatan dalam perkhidmatan bomba. Semua proses tersebut adalah di bawah bidang kuasa pihak SPA. Selepas calon berjaya dalam ujian temuduga daripada pihak SPA, barulah JBPM akan memanggil senarai calon yang berjaya untuk menduduki ujian fizikal. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari laman sesawang di www.spa.gov.my
Berikut adalah carta alir permohonan kerja sebagai Pegawai Bomba.
  faq
     
4. Apakah jenis ujian kelayakkan dan ketahanan fizikal yang perlu dilalui oleh calon?
  Semasa Hari Temuduga, calon dikehendaki menjalani ujian kelayakkan dan ketahanan fizikal seperti berikut: 
  i. Tinggi
    Tidak kurang dari 1.57m (lelaki) dan 1.53m (wanita) tanpa memakai sepatu
     
  ii. Berat Badan
    Tidak kurang dari 48kg (lelaki) dan 46kg (wanita) tanpa memakai baju (bagi lelaki) dan sepatu/kasut getah
     
  iii. Ukuran Dada
    Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas. Wanita dikecualikan
     
  iv. Ujian Penglihatan
    Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh
     
  v. Pengecaman Warna
    Pengecaman warna terhadap semua warna yang ditetapkan
     
  vi. Ujian Pendengaran
    Ujian pendengaran yang ditetapkan
     
  vii. Ujian Mengangkat Berat
  viii. Ujian Menegakkan Tangga Bomba
  ix. Uian Memanjat Tali
  x. Ujian Menaiki Tangga
     
     
  Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Korporat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Lebuh Wawasan, Presint 7, 
62250 Putrajaya.

No. Telefon     : 603-8888 0036/37/38/40
No. Faksimile   : 603-8888 0025
E-mel              : korporat@bomba.gov.my

  •  
  • Print
  • Email this page