1. | Apakah itu My Beautiful Neighbourhood atau Kejiranan Indah? | |
My Beautiful Neighbourhood (MyBN) atau Kejiranan Indah merupakan salah satu program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) 7 yang melibatkan: | ||
i. | Program menambah baik atau membaik pulih kawasan perumahan awam yang dimiliki oleh penduduk berpendapatan rendah; | |
ii. | Program pembinaan semula buah rumah terbakar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia; dan | |
iii. | Program peningkatan rondaan keselamatan (security patrolling) di stesen LRT dan pusat membeli belah bagi menangani jenayah di bawah Kementerian Dalam Negeri. | |
2.. | Bilakah MyBN dimulakan? | |
Program MyBN telah dimulakan pada 28 Julai 2012 dan projek perintis program ini ialah di Taman Setia Jaya yang telah dinaik taraf dan dibaik pulih menjadi kawasan perumahan yang selamat, bersih dan ceria untuk didiami. | ||
3. | Berapakah projek yang telah dilaksanakan di bawah MyBN (Membaik Pulih Perumahan Awam) pada tahun 2012? | |
Bagi tempoh 28 Julai 2012 hingga 31 Disember 2012, sebanyak 8 projek MyBN (Membaik Pulih Perumahan Awam) telah dijalankan iaitu: | ||
i. | Rumah Pangsa Simpang Kuala, Alor Setar | |
ii. | Rumah Pangsa Seberang Terus, Alor Setar | |
iii. | Rumah Pangsa Taman Setia Jaya, Alor Setar | |
iv. | Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru | |
v. | Rumah Pangsa Taman Lobak, Seremban | |
vi. | Rumah Pangsa Jalan Silang, Ipoh | |
vii. | Rumah Pangsa Jalan Bijih Timah, Ipoh | |
viii. | Rumah Pangsa Kinta Height, Ipoh | |
4. | Berapakah projek membina semula rumah terbakar di bawah MyBN yang telah dilaksanakan pada tahun 2012? | |
Pada tahun 2012, sebanyak 5 projek membina semula rumah terbakar telah dilaksanakan seperti yang berikut: | ||
i. | Kg. Masjid Lama, Alor Setar | |
ii. | Kg. Gadok Sawah, Gemencheh, Negeri Sembilan | |
iii. | Kg. Bukit Cherakah, Kuala Selangor | |
iv. | Kg. Tanjung Medan, Parit, Perak | |
v. | Kg. Besut, Kemaman, Terengganu | |
5. | Berapakah projek membina semula rumah terbakar di bawah MyBN yang telah dilaksanakan pada tahun 2012? | |
Pada tahun 2012, sebanyak 5 projek membina semula rumah terbakar telah dilaksanakan seperti yang berikut: | ||
i. | 10 projek strata Program Penyelenggaraan Perumahan oleh Jabatan Perumahan Negara; dan | |
ii. | 8 projek jenis landed oleh Jabatan Kerajaan Tempatan. | |
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Unit Khas NKRA Bandar Selamat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur No. Telefon : 603-2698 9211 No. Faksimile : 603-2698 6642 |
||