![]() Laman Web Rasmi
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANwww.kpkt.gov.my |
|
PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA
PENGENALAN
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Pada 1 Oktober 2014, Unit PPAM, JPM ditubuhkan bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh UKAS, JPM. Penubuhan Unit ini adalah untuk memberi perhatian khusus di dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek
PPAM. Dengan kewujudan Unit ini, peranan Agensi Pelaksana diambil alih oleh Unit PPAM, JPM. Agensi Pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
OBJEKTIF
Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
FUNGSI
Unit PPAM, Jabatan Perumahan Negara bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan program dan juga sebagai Agensi Pelaksana. Agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya (PJC) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Walau bagaimanapun, PJC juga perlu merujuk kepada Unit PPAM, Jabatan Perumahan Negara dari segi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek terutamanya yang melibatkan perkara-perkara dasar.
Peranan Unit ini antara lain adalah seperti berikut:
I) Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan program PPAM
II) "Single Point of Contact” untuk serahan cadangan PPAM;
III) Membentangkan cadangan projek PPAM kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM untuk pertimbangan dan kelulusan; dan
IV) Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan PPAM dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM