![]() Laman Web Rasmi
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANwww.kpkt.gov.my |
|
Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) yang dilancarkan pada tahun 2014 adalah bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan. Rumah transit ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama dua (2) tahun.
Sebagai projek perintis program ini, dua (2) blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.
Mulai tahun 2017, sebanyak 4,000 unit rumah Projek Transit Pangsapuri Studio bagi golongan muda menyewa selama lima (5) tahun di ibu kota Kuala Lumpur akan mula dibina di Mukim Batu, Sentul, Kuala Lumpur.
Projek ini akan dibina di atas tanah lot seluas 13 hektar milik kementerian yang akan dimajukan oleh pemaju-pemaju swasta. Kemajuan projek dan pengurusan bangunan termasuk sewaan akan diuruskan syarikat pemaju hartanah manakala kementerian menentukan permohonan yang layak untuk menyewa rumah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Jualan 39 Unit Menara Pejabat Ceylonz Suites di sini hari ini.