Panduan ini bertujuan untuk memberikan maklumat berkaitan tata cara permohonan penyaluran bantuan kewangan bagi Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (“RIBI”) Seluruh Negara yang merangkumi kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan kecemasan berdasarkan syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan (“Inisiatif”).
Tempoh permohonan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI Seluruh Negara Tahun 2026 melalui Sistem e-RIBI adalah dari 2 Mac 2026 sehingga 31 Mac 2026.
>> Panduan dan Borang Permohonan klik di sini