![]() Laman Web Rasmi
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANwww.kpkt.gov.my |
|
INISIATIF SKIM SIMEN RAHMAH BAGI PEMAJUAN PERUMAHAN YANG BERHARGA RM300,000 DAN KE BAWAH
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan satu inisiatif baharu Kerajaan Madani pada 18 April 2023 yang dikenali sebagai inisiatif Skim Simen RAHMAH. Inisiatif ini diperkenalkan oleh KPKT dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) dan pemaju swasta. Pemaju perumahan ditawarkan membeli simen pada harga yang lebih rendah daripada pasaran untuk pemajuan perumahan yang berharga RM300,000 dan ke bawah atau rumah mampu milik.
Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) akan menyediakan 1,000,000 tan metrik simen pada harga yang lebih rendah daripada pasaran untuk pemaju mendapatkan bekalan Simen RAHMAH untuk tempoh pemajuan yang dianggarkan sehingga Jun 2028 tertakluk kepada bekalan simen yang dibekalkan.
>> Panduan Permohonan klik di sini