Visi |
Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau telah diwujudkan bermula pada 2 Ogos 2021 untuk mengkaji, menggubal, menilai, menambahbaik dan menyelaras dasar, akta, peraturan, pekeliling dan pelan tindakan berkaitan dengan Kerajaan Tempatan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan perancangan bandar dan desa serta landskap. |
|
Membangunkan dasar-dasar dan pelan tindakan yang komprehensif bagi pembangunan Kerajaan Tempatan yang cekap dan berkesan, pengurusan sisa pepejal yang holistik ke arah ekonomi kitaran dan perancangan bandar, desa dan landskap ke arah persekitaran yang kondusif. |
|
Objektif |
|
Memainkan peranan sebagai Bahagian yang bertanggungjawab ke atas perancangan dan penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan mengenai Kerajaan Tempatan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan perancangan bandar dan desa serta landskap; dan |
|
Menyelaras kerjasama di antara Kementerian-kementarian dan agensi-agensi kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta dan masyarakat bagi pelaksanaan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan mengenai Kerjaan Tempatan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan perancangan bandar dan desa serta landskap. |
|
Kod Etika |
Amanah dan Ikhlas; |
Bekerja dalam Pasukan; dan |
Memberi Perkhidmatan Cemerlang
|
|
Akta-Akta yang berkaitan dengan BH: |
 |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] |
 |
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976[Akta 172] |
 |
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] |
 |
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] |
 |
Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 673] |
|

Alamat Surat - Menyurat |
Pejabat Setiausaha Bahagian,
Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau,
Tingkat 10, Bangunan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
|
Kemaskini pada 2024-01-05 10:53:03 daripada Administrator4