| 1. |
Mengkaji, menggubal, menilai dan menambahbaik akta-akta berkaitan perumahan dan pengurusan strata iaitu :
|
 |
(a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118);
|
 |
(b) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757);
|
 |
(c) Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663);
|
 |
(d) Akta Sewaan Kediaman (sedang gubal);
|
 |
(e) Akta Pembangunan Komersial (sedang gubal);
|
 |
(f) Akta Pembangunan
|
| |
(g) lain-lain |
| |
|
| 2. |
Mengkaji, menggubal, menilai dan menambahbaik dasar- dasar/ peraturan/ pekeliling meliputi infrastruktur dan sosial berkaitan dengan perumahan dan pengurusan strata seperti Dasar Perumahan Negara (DRN), Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM), Dasar Perumahan Awam dan kajian semula dasar-dasar berkenaan. |
| |
|
| 3. |
Memantau dan mengurus keperluan hala tuju SPNB dan PR1MA seperti mengesyorkan pelantikan Ahli Lembaga, termasuk di bawah Kerajaan Negeri dan lain-lain keperluan aturan. |
| |
|
| 4. |
Menjalankan kajian, kajian impak, penyelidikan serta unjuran meliputi aspek perumahan berkaitan sosio ekonomi, kewangan dan persekitaran. |
| |
|
| 5. |
Memastikan pelaksanaan dasar-dasar mengambil kira dasar-dasar utama Negara dan Kementerian termasuk SDGs, smart city dan safe city. |
| |
|
| 6. |
Menyediakan ekosistem perumahan negara yang berdaya saing dan mampu dimiliki berteraskan keseimbangan permintaan dan penawaran. |
| |
|
| 7. |
Mengadakan sesi libat urus, mengurus dan melaksanakan isu-isu berkaitan yang melibatkan Kerajaan Negeri/ Kerajaan Tempatan/ Kementerian/ Agensi lain bagi kluster perumahan dan pengurusan strata. |
| |
|
| 8. |
Menyelaras input serta maklum balas untuk mesyuarat peringkat nasional dan luaran seperti Regulatory Coordinator (RC), MEXCOPT, MPMMN, Majlis Raja-raja, RMKe-12, Belanjawan, NACCOL, EAC dan lain-lain serta mesyuarat dalaman yang berkaitan dengan isu perumahan. |
| |
|
| 9. |
Penyelarasan dan maklum balas berkaitan MNKT, lot kuota bumiputera, pemilikan hartanah warga asing, OBB (Perumahan) dan isu lain berkaitan perumahan. |
| |
|
| 10. |
Perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri: |
| |
(i) menyediakan dan menyemak Kertas Jemaah Menteri / maklum balas / nota intervensi berkaitan perumahan dan pengurusan strata; dan |
| |
(ii) melaksanakan keputusan-keputusan dasar Jemaah Menteri yang melibatkan KPKT. |
| |
|
| 11. |
Menyelaras data berbentuk Quick Facts berkaitan perumahan dan data ad hoc untuk kegunaan Bahagian. |
| |
|
| 12. |
Menyelaras dan menyediakan Kertas Strategi Perumahan di bawah Rancangan-rancangan Malaysia termasuk mengurusetiakan mesyuarat TWG on affordable Housing yang dipengerusikan oleh KSU KPKT. |
| |
|
| 13. |
Mengurusetiakan dan menyelaras mesyuarat-mesyuarat bilateral / multilateral bersama Kementerian / Agensi bagi dasar berkaitan perumahan dan pengurusan strata. |
| |
|
| 14. |
Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster Perumahan di bawah Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKT: |
| |
(a) menyediakan Pelan Tindakan Kos Sara Hidup bagi Kluster Perumahan; |
| |
(b) memantau pelaksanaan strategi /program di bawah pelan tindakan tersebut; dan |
| |
(c) menyelaras dan menyediakan kertas-kertas berkaitan Kluster Perumahan untuk Mesyuarat Eksekutif yang dipengerusikan oleh YB Menteri KPDNHEP dan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan. |
| |
|
| 15. |
Memberi pandangan berkaitan tafsiran pelaksanaan Akta 663. |
| |
|
| 16. |
Menyediakan Pangkalan Data Asas berkaitan Pengurusan Bangunan Berstrata di seluruh Semenanjung. |
| |
|
| 17. |
Mesyuarat Penyelarasan COB di PBT. |
| |
|
| 18. |
Menyelaras, merancang dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan sistem penyampaian Pesuruhjaya Bangunan Lawatan kerja ke Unit COB, JPN di PBT secara berkala. |
| |
|
| 19. |
Menjadi pusat rujukan industri perumahan negara. |
| |
|
| 20. |
Mengumpul, menganalisa dan mengesahkan integriti data berkaitan industri perumahan. |
| |
|
| 21. |
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Transit Belia . |
| |
|
| 22. |
Merancang, mengurus dan memantau keperluan kewangan dan prestasi peruntukan pembangunan projek PPR. |
| |
|
| 23. |
Menguruskan hal berkaitan pentadbiran, perkhidmatan, latihan, program, kewangan dan logistik Bahagian. |
| |
|
| 24. |
Menyelaras dan menyelia Sistem HRMIS Bahagian. |
| |
|
| 25. |
Menyelaras urusan keurusetiaan mesyuarat anjuran Bahagian. |
| |
|
| 26. |
Memantau hal berkaitan keselamatan dan kebersihan pejabat. |
| |
|
| 27. |
Menyelaras sistem fail, rekod dan urusan surat- menyurat Bahagian. |
| |
|
| 28. |
Menyelaras dan memantau sistem pengurusan aset dan stor Bahagian. |
| |
|
| 29. |
Menyelaras pelaksanaan prosedur kualiti Bahagian. |
| |
|
| 30. |
Penyelaras bajet dan kemaskini maklumat MyProjek. |
| |
|
| 31. |
Menguruskan perolehan tender/ sebutharga. |
| |
|
| 32. |
Penyelaras Parlimen yang berkaitan dengan dasar Perumahan dan Perumahan Awam. |