Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

ANUGERAH KREDIT MADANI (AKM)

ANUGERAH KREDIT MADANI (AKM) 2024
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKK) dengan kerjasama dan kolaborasi bersama rakan strategik iaitu Persatuan Pemberi Pinjam Wang dan Persatuan Pemegang Pajak Gadai akan menganjurkan Anugerah Kredit Madani (AKM) bagi mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) yang berlesen dan berdaftar di bawah KPKT khususnya dalam membantu memberi sokongan kredit kepada komuniti setempat atau korporat dengan menunjukkan profesionalisme serta pematuhan akta/peraturan yang tinggi iaitu Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81).

OBJEKTIF

  1. Memberi pengiktirafan kepada syarikat pemegang lesen PPW dan PPG yang layak atas kecemerlangan prestasi, tadbir urus profesional dan pematuhan akta/peraturan yang tinggi;
  2. Menggalakkan pemegang lesen PPW dan PPG membantu komuniti dalam memberi sokongan kewangan keusahawanan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan juga kepada industri besar.
  3. Memotivasikan pemegang lesen PPW dan PPG yang lain bagi menambahbaik perkhidmatan dan pematuhan terhadap akta/ peraturan serta boleh menjadi contoh kepada industri masing-masing;
  4. Menggalakkan pemegang lesen PPW dan PPG melaksanakan inovasi bagi menambahbaik dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan;
  5. Menggalakkan pemegang lesen PPW dan PPG untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai satu nilai tambah dalam mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan meningkatkan imej industri.
  6. Menggalakkan industri PPW dan PPG untuk melaksanakan urusan pembayaran/ penyerahan wang pinjaman dan kutipan semula wang pinjaman secara dalam talian menerusi Electronic Fund Transfer (EFT) bagi memudahkan urusan jejak tunai (money trailing);
  7. Memberi kesedaran awam berhubung pelesenan pemberi pinjam wang di bawah KPKT dan mengelakkan tipu daya Scammer.

KATEGORI PENGANUGERAHAN

Tujuh (7) kategori kecemerlangan bagi Pemberi Pinjam Wang dan tujuh (7) kategori kecemerlangan bagi Pemegang Pajak Gadai (PPG) berlesen yang dipertandingkan:

  Kategori
Pemberi Pinjam Wang (PPW)
Kategori
Pemegang Pajak Gadai (PPG)
1

Anugerah Utama

ANUGERAH KHAS MENTERI
PPW MADANI

  • Satu (1) Penerima Anugerah Sahaja
  • Hadiah adalah RM20,000, Trofi AKM dan Sijil Anugerah
     
    Keterangan:

    Anugerah ini adalah anugerah utama yang akan diberikan kepada syarikat PPW terbaik secara keseluruhan.

    Pemilihan adalah berdasarkan kepada elemen inovasi, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan nilai perniagaan. Selain itu, pemilihan akan mengambil kira elemen nilai tambah lain seperti majikan contoh, imej korporat dan pengiktirafan berkaitan perniagaan.

Anugerah Utama

ANUGERAH KHAS MENTERI
PPG MADANI

  • Satu (1) Penerima Anugerah Sahaja
  • Hadiah adalah RM20,000, Trofi AKM dan Sijil Anugerah
     
    Keterangan:

    Anugerah ini adalah anugerah utama yang akan diberikan kepada syarikat PPG terbaik secara keseluruhan.

    Pemilihan adalah berdasarkan kepada elemen inovasi, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan nilai perniagaan. Selain itu, pemilihan akan mengambil kira elemen nilai tambah lain seperti majikan contoh, imej korporat dan pengiktirafan berkaitan perniagaan.

2

ANUGERAH INOVASI TERBAIK

  1. Kategori PPW Paid Up Capital lebih daripada RM2 Juta
  2. Kategori PPW Paid Up Capital RM2 Juta

  • Satu (1) Penerima Anugerah bagi setiap satu kategori PPW di atas
  • Hadiah adalah RM10,000, Trofi AKM dan Sijil Anugerah

Keterangan:

Inovasi yang dihasilkan merupakan pertama kali dicipta atau secara adaptasi yang berdasarkan kreativiti atau keaslian bagi meningkatkan efisian dan signifikan dalam memberi nilai tambah kepada perniagaan sama ada secara berimpak kecil, sederhana atau besar.

Tahap pelaksanaan inovasi melalui pembuktian dikomersilkan dan sejauh mana boleh dikomersilkan atau projek rintis dari segi inovasi pentadbiran, inovasi perkhidmatan dan juga inovasi produk. Inovasi tersebut boleh melibatkan rakan strategik (pihak luar syarikat). Inovasi tersebut perlu dilengkapkan dengan penerangan yang jelas dan pembuktian dokumen sokongan.

Pematuhan kepada semua Akta/Peraturan yang berkuat kuasa.

ANUGERAH INOVASI TERBAIK

  1. Kategori PPG Paid Up Capital lebih daripada RM4 Juta
  2. Kategori PPG Paid Up Capital RM4 Juta

  • Satu (1) Penerima Anugerah bagi setiap satu kategori PPG di atas

3

ANUGERAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) TERBAIK

  1. Kategori PPW Paid Up Capital lebih daripada RM2 Juta
  2. Kategori PPW Paid Up Capital RM2 Juta

  • Satu (1) Penerima Anugerah bagi setiap satu kategori PPW di atas
  • Hadiah adalah RM10,000, Trofi AKM dan Sijil Anugerah

Keterangan:

Penilaian pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang melibatkan komuniti setempat/pihak berkuasa tempatan/ kementerian/ negara/ antarabangsa yang dilaksanakan bermula tahun 2022 sehingga 31 Jun 2024.

CSR yang dilaksanakan memberi kesan yang signifikan dan memberi impak sama ada secara kecil, sederhana atau besar dan dilaksanakan dengan kerjasama atau kolaborasi bersama rakan strategik (pihak ketiga/ pihak luar syarikat)

Penyertaan disyorkan bersama laporan CSR bergambar/video bagi memberi penjelasan justifikasi pelaksanaan CSR tersebut yang memberi impak positif dan mendalam kepada kumpulan sasar yang dirancang.

4

ANUGERAH PERNIAGAAN PALING BERNILAI

Skor kedudukan nilai transaksi tertinggi dalam memberi sokongan kredit tertinggi kepada peminjam.

Semakan dilaksanakan berdasarkan pelaporan Profit and Loss (PNL) bagi tiga tahun terkini dan melibatkan tempoh pegangan lesen yang lama dan perniagaan yang kukuh (business resilience).

Pematuhan kepada semua Akta/Peraturan yang berkuat kuasa.

ANUGERAH PERNIAGAAN PALING BERNILAI

  1. Kategori PPG Paid Up Capital lebih daripada RM4 Juta
  2. Kategori PPG Paid Up Capital RM4 Juta

  • Satu (1) Penerima Anugerah bagi setiap satu kategori PPG di atas
  • Hadiah adalah RM10,000, Trofi AKM dan Sijil Anugerah

Keterangan:

Skor kedudukan nilai transaksi tertinggi dalam memberi sokongan kredit tertinggi kepada  pemajak.

Semakan dilaksanakan berdasarkan pelaporan Profit and Loss (PNL) bagi tiga tahun terkini dan melibatkan tempoh pegangan lesen yang lama dan perniagaan yang kukuh (business resilience).

Pematuhan kepada semua Akta/Peraturan yang berkuat kuasa.

SYARAT-SYARAT AM

  1. Terbuka kepada semua pemegang lesen PPW dan PPG yang berlesen di bawah KPKT yang aktif sahaja (sekurang-kurangnya aktiviti perniagaan syarikat adalah aktif dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Ogos 2024)
  2. Bagi syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berlesen di bawah pihak pengeluar lesen di Sabah/ Sarawak/ Labuan, WAJIB mendapatkan pengesahan dan perakuan pegawai pihak pengeluar lesen masing-masing di borang penyertaan.
  3. Satu pemegang lesen bagi satu premis hanya boleh mengemukakan SATU penyertaan sahaja.
  4. SEMUA MAKLUMAT di Borang Penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan MESTI mengemukakan dokumen sokongan.
  5. Penganjur berhak mendapatkan maklumat tambahan/ dokumen sokongan sekiranya diperlukan dan syarikat perlu mengemukakan dengan kadar segera mengikut ketetapan tempoh yang diberikan.
  6. Penganjur berhak membuat liputan media, menyiarkan, mengiklankan dan mempromosikan premis atau sistem yang digunakan tanpa meminta kebenaran daripada peserta/penerima anugerah.
  7. Penganjur berhak membuat lawatan premis atau membuat semakan bersama pihak ketiga yang didaftarkan dalam dokumen sokongan (contoh pengesahan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan sebagainya).
  8. Dokumen penyertaan mestilah diterima oleh urusetia sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan.
  9. Penyertaan akan TERBATAL sekiranya:
  1. Penyertaan tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan.
  2. Penyertaan diterima oleh urus setia adalah lewat dari tarikh tutup yang ditetapkan.
  3. Mengemukakan maklumat palsu, tidak tepat atau lain-lain perkara yang boleh menjejaskan integriti penganugerahan.
  1. Keputusan penentuan penerima anugerah adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

RINGKASAN KRITERIA PEMARKAHAN ANUGERAH KREDIT MADANI

AKTIVITI  :       PEMBERI PINJAM WANG (PPW)

Bil

ANUGERAH KECEMERLANGAN

KRITERIA PENILAIAN

MARKAH

1

ANUGERAH KHAS MENTERI PPW TERBAIK

*markah adalah berdasarkan lain-lain kategori anugerah yang turut dipertandingkan

Inovasi*

20 markah

CSR*

20 markah

Perniagaan Paling Bernilai*

20 markah

Imej Korporat

15 markah

Prestij dan Pengiktirafan

15 markah

Majikan Contoh

5 markah

2

ANUGERAH INOVASI TERBAIK

  1. Kategori PPW Modal Berbayar (Paid-Up Capital) RM 2 juta
  2. Kategori PPW Modal Berbayar (Paid-Up Capital) lebih daripada RM 2 juta

Pematuhan Akta 400

30 markah

Inovasi Pentadbiran

30 markah

Inovasi Produk

20 markah

Inovasi Perkhidmatan

20 markah

3

ANUGERAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) TERBAIK

  1. Kategori PPW Modal Berbayar (Paid-Up Capital) RM 2 juta
  2. Kategori PPW Modal Berbayar (Paid-Up Capital) lebih daripada RM 2 juta

Pematuhan Akta 400

30 markah

CSR
(Kesejahteraan dan Kebajikan Pekerja)

25 markah

Idea Dan Impak Projek CSR Bersama Komuniti

40 markah

Impak Boleh Diukur Dan Pelaporan

5 markah

4

ANUGERAH PERNIAGAAN PALING BERNILAI

  1. Kategori PPW Modal Berbayar (Paid-Up Capital) RM 2 juta
  2. Kategori PPW Modal Berbayar (Paid-Up Capital) lebih daripada RM 2 juta

Pematuhan Akta 400

30 markah

Kedudukan Transaksi Tahunan

40 markah

Prestasi Kewangan

20 markah

Ketahanan Dan Tempoh Pengoperasian

10 markah

AKTIVITI  :       PEMEGANG PAJAK GADAI (PPG)

Bil

ANUGERAH KECEMERLANGAN

KRITERIA PENILAIAN

MARKAH

1

ANUGERAH KHAS MENTERI PPG TERBAIK

*markah adalah berdasarkan lain-lain kategori anugerah yang turut dipertandingkan

Inovasi*

20 markah

CSR*

20 markah

Perniagaan Paling Bernilai*

20 markah

Imej Korporat

15 markah

Ciri-Ciri Keselamatan

10 markah

Prestij dan Pengiktirafan

10 markah

Majikan Contoh

5 markah

2

ANUGERAH INOVASI TERBAIK

  1. Kategori PPG Modal Berbayar (Paid-Up Capital) RM 4 juta
  2. Kategori PPG Modal Berbayar (Paid-Up Capital) lebih daripada RM 4 juta

Pematuhan Akta 81

30 markah

Inovasi Pentadbiran

30 markah

Inovasi Produk

20 markah

Inovasi Perkhidmatan

20 markah

3

ANUGERAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) TERBAIK

  1. Kategori PPG Modal Berbayar (Paid-Up Capital) RM 4 juta
  2. Kategori PPG Modal Berbayar (Paid-Up Capital) lebih daripada RM 4 juta

Pematuhan Akta 81

30 markah

CSR
(Kesejahteraan dan Kebajikan Pekerja)

25 markah

Idea Dan Impak Projek CSR Bersama Komuniti

40 markah

Impak Boleh Diukur Dan Pelaporan

5 markah

4

ANUGERAH PERNIAGAAN PALING BERNILAI

  1. Kategori PPG Modal Berbayar (Paid-Up Capital) RM 4 juta
  2. Kategori PPG Modal Berbayar (Paid-Up Capital) lebih daripada RM 4 juta

Pematuhan Akta 81

30 markah

Kedudukan Transaksi Tahunan

40 markah

Prestasi Kewangan

20 markah

Ketahanan Dan Tempoh Pengoperasian

10 markah

Muat turun Ringkasan AKM dan Tatacara Permohonan
Muat turun Borang Penyertaan Anugerah Kredit Madani Tahun 2024 (PPW) di sini
Muat turun Borang Penyertaan Anugerah Kredit Madani Tahun 2024 (PPG) di sini
 
NOTA PENTING:
Semua penyertaan syarikat akan diberikan sijil penyertaan bagi Anugerah Kredit Madani. 
 
TARIKH TUTUP:  5 OKTOBER 2024

Kemaskini pada 2024-09-25 14:07:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page