Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi Utama | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat-menyurat |

Visi

Menjadi peneraju dan pemangkin utama Kementerian menerusi perancangan strategik demi memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa unggul dan relevan.

Misi

Merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal perancangan strategik, keantarabangsaan, keurusetiaan dan Parlimen KPKT secara efektif.

 

Objektif
pointer  red Memastikan perancangan dan pembangunan program yang dilaksanakan mengikut matlamat dan dasar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejajar dengan aspirasi dan hala tuju nasional. 
pointer  red Merancang, menyelaras dan memantau dokumen strategik serta penilaian prestasi KPKT.
pointer  red Memberikan perkhidmatan keurussetian yang bertaraf kelas pertama kepada Pengurusan Tertinggi dan Anggota Pentadbiran KPKT.
pointer  red Memastikan jawapan Parlimen dan teks penggulungan yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan menepati ekspektasi anggota pentadbiran KPKT
pointer  red Menyelaras dan mengurus Kertas Jemaah Menteri dengan cekap mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
pointer  red Memastikan penglibatan aktif KPKT dalam hubungan dan hal-ehwal antarabangsa.
pointer  red Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti, program dan maklum balas hal-ehwal antarabangsa yang melibatkan KPKT.
pointer  red Memastikan statistik dan analisis data KPKT yang diterbitkan bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa.
pointer  red Memperluaskan penggunaan statistik dikalangan pengguna.

Fungsi 
pointer  red  Pemantauan dasar - dasar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dari segi tadbir urus melalui platform Jawatankuasa Semakan & Pemantauan Dasar (JSPD) serta Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan (JPP).
pointer  red Menyedia, memantau dan mengemaskini pelaksanaan Pelan Strategik KPKT.
pointer  red Menyelaras dan memantau perancangan serta pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT),KPKT. 
pointer  red Menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif KPKT dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun.
pointer  red Menyediakan, menyelaras dan memantau laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
pointer  red     Mengurusetiakan mesyuarat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri-Negeri (MEXCOPT), Mesyuarat Pascakabinet dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPKT
pointer  red Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan urusan hal-ehwal Parlimen.
pointer  red Menyelaras Kertas Jemaah Menteri (MJM) KPKT untuk kelulusan YB Menteri sebelum dikemukakan kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP) untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
pointer  red Menyelaras dan menyediakan ulasan KPKT terhadap Memorandum Jemaah Menteri daripada Kementerian lain untuk kelulusan YB Menteri.
pointer  red  Menyelaras maklum balas dan Nota Intervensi bagi mesyuarat-mesyuarat utama Kerajaan yang dihadiri oleh Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi KPKT. 
pointer  red Menyelaras dan mengurus setia kunjungan hormat delegasi dalam negara ke atas anggota pentadbiran KPKT.
pointer  red Mengumpul, menyusun dan menganalisa data serta menerbitkan statistik KPKT secara berkala.
pointer  red Menyelaras kehadiran ke mesyuarat program antarabangsa.
pointer  red Merangka jalinan kerjasama startegik dengan organisasi antarabangsa.

Piagam Pelanggan
pointer  red Menyelaras Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan, Bahagian dan Agensi di bawah KPKT.
pointer  red Mengurus setia Mesyuarat Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan (MEXCOPT): 1 kali setahun
pointer  red Mengemukakan Kertas Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri selewat-lewatnya 2 hari sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan.
pointer  red Menyelaras dan mengemukakan ulasan KPKT terhadap Memorandum Jemaah Menteri Kementerian lain dalam tempoh 14 hari atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian/Agensi
pointer  red Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi  YB Menteri/YB Timbalan Menteri/KSU ke luar negara dalam tempoh 2 bulan.
pointer  red Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing ke atas YB Menteri/YB Timbalan Menteri/KSU dalam tempoh 14 hari.
pointer  red Menyelaras dan menyediakan maklum balas hal ehwal antarabangsa yang melibatkan KPKT dalam tempoh 7 hari 
pointer  red Melaksanakan peranan sebagai Sekretariat Induk bagi Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia di bawah United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) setiap tahun.
pointer  red Menyelaras penyertaan wakil KPKT sebagai National Representative ke Mesyuarat Tahunan ASEAN Smart Cities Network anjuran Sekretariat ASEAN.
pointer  red Mengemas kini dan menerbitkan statistik  KPKT secara tahunan.
pointer  red Mengedarkan Quick Facts kepada Pengurusan Tertinggi KPKT secara bulanan.

Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa

image

image Alamat Surat - Menyurat
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 5, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon : 03-8891 3995
No. Fax : 03-8891 3094
Emel : pa_sbsa@kpkt.gov.my                                                                             

 


Kemaskini pada 2024-01-05 10:58:03 daripada Administrator4

  •  
  • Print
  • Email this page