
Memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan dan perolehan yang cemerlang sebagai pemangkin visi Kementerian ke arah mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan.
|
|
Komited dalam memberikan perkhidmatan pengurusan Kewangan dan Perolehan yang bertunjangkan integriti dan akauntabiliti melalui perancangan belanjawan dan perolehan yang inklusif.
|
|
 |
Merancang semua aktiviti Kewangan dan Perolehan berdasarkan peraturan kewangan semasa yang berkuatkuasa;
|
 |
Mengawal selia belanjawan tahunan, Prestasi perbelanjaan, mengurus terimaan hasil dan menyelaras pelaksanaan perolehan berdasarkan perancangan;
|
 |
Menambah baik sebarang bentuk ketakakuran dan ketakaturan terhadap peraturan kewangan yang berkaitan.
|
|
|

|
Menyedia, mengawal dan menyelaras Belanjawan Mengurus meliputi agihan waran peruntukan Mengurus kepada PTJ/ Pusat Kos/ Agensi Kementerian, pemantauan perbelanjaan dan penyediaan laporan unjuran aliran tunai.
|
 |
Mengurus pembayaran tuntutan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kementerian serta pelarasan gaji dan elaun kakitangan.
|
 |
Menguruskan pindah peruntukan bagi Perbelanjaan Mengurus (B.43) dan Perbelanjaan Pembangunan (P.43).
|
 |
Kelulusan berbelanja/ keizinan membuat perolehan di bawah AP168.
|
 |
Memproses semua kertas perakuan Jabatan/ Bahagian [bagi B.43 dan P.43] yang lengkap diterima ke Lembaga Perolehan/ Jawatankuasa Sebut Harga KPKT.
|
 |
Mengurus setiakan Mesyuarat Lembaga Perolehan/ Jawatankuasa Sebut Harga [bagi B.43 dan P.43] KPKT dan menyampaikan keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan/ Jawatankuasa Sebut Harga KPKT [bagi B.43 dan P.43] kepada Jabatan/ Bahagian.
|
 |
Mengurus perakaunan dan penyediaan penyata/laporan berkenaan untuk tujuan kawalan dan pengesahan perbelanjaan.
|
 |
Memberi khidmat nasihat mengenai Pengurusan Kewangan dan Perolehan.
|
 |
Mengurus terimaan hasil di peringkat PTJ ibu pejabat.
|
 |
Mengurus agihan waran peruntukan pembangunan kepada PTJ/ Pusat Kos/ Agensi Kementerian dan memantau perbelanjaan pembangunan.
|
 |
Mengurus bayaran tuntutan bagi projek-projek pembangunan.
|
|
1. |
Mengeluarkan Waran Peruntukan kepada Pusat Tanggungjawab utama dan memaklumkan agihan peruntukan kepada Pusat Kos dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh Waran Am diterima.
|
2. |
Mengeluarkan Waran Tarik Balik dan Pindah Peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
|
3. |
Memproses Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
|
4. |
Memproses semua bil/ tuntutan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
|
5. |
Mengeluarkan resit rasmi pada tarikh yang sama setiap terimaan yang diuruskan.
|
6. |
Memproses semua permohonan pembelian terus dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
|
7. |
Memproses semua permohonan perolehan secara sebut harga dalam tempoh 10 hari bekerja selepas perakuan lengkap diterima.
|
8. |
Memproses semua permohonan perolehan secara tender dalam tempoh 10 hari bekerja selepas perakuan lengkap diterima.
|
9. |
Mengurus permohonan mendapatkan keizinan membuat perolehan Kementerian selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP168) dan AP168A.
|
10. |
Mengemukakan dokumen perubahan gaji ke Jabatan Akauntan Negara/ Bahagian Akauan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan olehn JAN.
|
|
Arahan - Arahan dan Jadual |
|
Bahagian Kewangan dan Perolehan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 14, No.51
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
|
|
Kemaskini pada 2021-02-10 15:36:18 daripada Administrator