
TN50 @ KPKT : RAKYAT SEJAHTERA
PENGANJURAN PROGRAM / SIDANG DIALOG / AKTIVITI BERKAITAN TN50 PADA PERINGKAT KPKT
Insiatif pembentukan TN50 diselaraskan oleh Sekretariat TN50 iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi kumpulan sasar belia (18-40 tahun). Pembetukan TN50 merupakan rancangan jangka panjang iaitu dari tahun 2021-2015. TN50 merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020.
TN50 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Malaysia pada 19 Januari 2017 di Dewan Canselor, Universiti Malaya (UM) semasa mengadakan Sesi Dialog Perdana.
Tumpuan bagi tahun 2017 oleh pihak KBS adalah untuk memperhalusi aspirasi generasi muda melalui pelbagai aktiviti dan saluran bagi menyediakan dokumentasi TN50. Selain itu, Kerajaan perlu mengenal pasti inisiatif-inisiatif yang berpotensi bagi penyediaan dokumen akhit TN50.
Dua (2) aktviti utama engagement oleh Kerajaan bagi TN50 ialah:
i) Sesi dialog dan tinjauan: Sesi taklimat/townhall, Bual Bicara TN50,tinjauan dalam talian (online), TN50x dan Circles of the Future; dan
ii) Siri ekspresi: Aplikasi TN50, Foto Instagram TN50, E-engagement melalui portal, media sosial dan lain-lain.
Kemaskini pada 2024-02-28 11:14:54 daripada Administrator