
Mewujudkan industri pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai konvensional yang beretika dan berdaya maju serta menjaga kepentingan para pelanggan industri
|
|
Pengawalseliaan aktiviti-aktiviti pemberi pinjam wang (PPW) dan pemegang pajak gadai (PPG) yang efisien dan berkesan
|
|
Bahagian Kawalan Kredit Komuniti ditubuhkan pada bulan September 2007 berikutan daripada penstrukturan semula Kementerian.
|
|
 |
Mengawalselia aktiviti pemberi pinjam wang (PPW) dan pemegang pajak gadai (PPG);
|
 |
Memastikan perlindungan kepada peminjam dan pemajak; dan
|
 |
Memastikan perlindungan bagi barangan pajakan dan cagaran.
|
|
1. |
Mengeluarkan Surat Kelulusan Bersyarat kepada pemohon lesen baharu pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh kelulusan Pendaftar.
|
|
2. |
Memproses semua permohonan pembaharuan lesen PPW / PPG yang lengkap diterima melalui serahan tangan di kaunter sebelum waktu rehat tengah hari dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
|
|
3. |
Memproses dan memberi keputusan semua permohonan permit iklan baru dan pembaharuan permit iklan pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai yang lengkap dalam tempoh satu (1) bulan bekerja.
|
|
4. |
Mengeluarkan Sijil Lesen dan Sijil Permit Iklan pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima bayaran.
|
|
5.
|
Mengeluarkan keputusan bagi semua permohonan yang lengkap untuk lelongan awam pajak gadai kepada pelelong berlesen tidak kurang daripada dua belas (12) hari sebelum tarikh lelongan. |
|
6.
|
Mengeluarkan surat akuan terima dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima di kaunter. |
|
7.
|
Mengendalikan semua aduan yang lengkap sehingga ke peringkat perlantikan pegawai dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh audan lengkap diterima. |
|
|
Dasar dan Kriteria Semasa |
|
Peruntukan Undang-undang di bawah BPWG |
 |
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 [Akta 400]
|
 |
Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81]
|
 |
Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) 2018
|
 |
Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pengkompaunan Kesalahan) 2018
|
 |
Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang ( Kawalan dan Pelesenan ) 2003
|
 |
Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang ( Pengkompaunan Kesalahan ) 2003
|
 |
Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai ( Kawalan dan Pelesenan ) 2004
|
|
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti melalui faksimili di nombor 03 - 8891 3186 atau e-mel di alamat bpwg@kpkt.gov.my.
|
|
Bahagian Kawalan Kredit Komuniti
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 22, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
|
Kemaskini pada 2019-08-27 12:04:12 daripada Administrator