Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Kawalan Kredit Komuniti

| Visi | Objektif | Latar Belakang | Fungsi | Piagam Pelanggan | Dasar | Peruntukan Undang-undang | Carta Organisasi 
| Alamat Surat-menyurat |

Visi

Mewujudkan industri pemberi kredit yang professional serta menjaga kepentingan komuniti.

Misi

BKKK komited dalam memastikan hanya pemberi kredit yang layak sahaja dilesenkan agar hak peminjam dan pemajak terjamin.

Objektif

Mengawalselia aktiviti-aktiviti pemberi kredit dengan lebih efisyen dan beretika.

Latar Belakang

Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai ditubuhkan pada bulan September 2007 berikutan daripada penstrukturan semula Kementerian.
 
Nama Bahagian ini telah dijenamakan semula kepada Bahagian Kawalan Kredit Komuniti pada 1 Jun 2019.

Fungsi
pointer  red Memastikan hanya Kredit Komuniti (KK) dan pemegang pajak gadai (PPG) yang berkelayakan, berkemampuan dan beretika sahaja dilesenkan;
pointer  red Meningkatkan kualiti, produktiviti dan keberkesanan penguatkuasaan;
pointer  red Meningkatkan kesedaran awam berkaitan perundangan dan aktiviti KK dan PPG;
pointer  red Memastikan perlindungan kepada peminjam dan pemajak; dan
pointer  red Memastikan perlindungan bagi barangan pajakan dan cagaran.

Piagam Pelanggan
 
1. Surat Kelulusan Bersyarat bagi lesen baharu KK/PPG selewat-lewatnya dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan Pendaftar.  
2. Pembaharuan lesen KK / PPG dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.  
3. Pengeluaran surat pemakluman kelulusan permohonan untuk mengadakan sesi lelongan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja selepas permohonan diterima.  
4. Memproses semua permohonan permit iklan baharu dan pembaharuan permit iklan KK/PPG yang lengkap dalam tempoh satu (1) hari bekerja.  
5. Memproses semua permohonan pelbagai profil syarikat yang lengkap dalam tempoh satu (1) bulan bekerja.  
6. Mengeluarkan Sijil Lesen dan Sijil Permit Iklan KK/PPG dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima bayaran.  
7. Mengeluarkan surat akuan terima dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas penerimaan aduan.  

Dasar dan Kriteria Semasa
 
pointer  red  Kredit Komuniti
Muat turun senarai dokumen berkaitan KK
 
pointer  red  Pemegang Pajak Gadai (PPG)
Muat turun senarai dokumen berkaitan PPG

Peruntukan Undang-undang di bawah BKKK

Kredit Komuniti:

pointer  red Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400];
pointer  red Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003;
pointer  red Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) 2003; dan
pointer  red Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang  (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) 2018
     

Pemegang Pajak Gadai:

 
pointer  red Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81];
pointer  red Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai (Kawalan dan Pelesenan) 2004; dan
pointer  red Peraturan-Peraturan Pemegang Pajak Gadai (Pengkompaunan Kesalahan) 2018.

Carta Organisasi
Sila klik Carta Organisasi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti
Hubungi Kami
No Tel Pusat Panggilan:
03-8891 3285 (kaunter)
03-8891 3186 (faks)

Waktu Operasi

Isnin - Khamis                       : 8.00 pg - 1.00 tghri, 2.00 ptg - 4.30 ptg
Jumaat                                  : 8.00 pg - 12.15 tghri, 2.45 ptg - 4.30 ptg

Sabtu, Ahad dan cuti umum : Tutup.


image

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti melalui faksimili di nombor 03 - 8891 3186 atau e-mel di alamat bkkk@kpkt.gov.my.
 
image Alamat Surat - Menyurat

Bahagian Kawalan Kredit Komuniti
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 22, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA
     

 

 
 

Kemaskini pada 2022-03-22 09:47:19 daripada Administrator2

  •  
  • Print
  • Email this page