Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Sumber Manusia

| Visi | Misi Objektif | Piagam PelangganCarta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |

Visi

Peneraju kecemerlangan perancangan, pengurusan dan pembangunan modal insan.

Misi

Merancang, mengurus dan membangunkan modal insan yang berprestasi tinggi bagi menjayakan visi dan misi Kementerian.

Objektif
pointer_purple

Memastikan Kementerian mempunyai tenaga manusia yang mencukupi dan digunakan secara optimum.

pointer_purple

 

Memastikan Kementerian mempunyai tenaga manusia yang berilmu, berdisiplin dan berdedikasi agar program Kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Fungsi
   
pointer_purple

Merancang dan mengurus urusan berkaitan  pengambilan, pelantikan, dan peletakan jawatan pegawai Kementerian. Menguruskan urusan berkaitan Pengesahan Lantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan kemasukan ke dalam jawatan yang berpencen serta permohonan pertukaran dalaman dan luaran pegawai dibawah Kementerian.

pointer_purple
 
Merancang dan menguruskan permohonan pewujudan, pemansuhan, penggredan semula jawatan dan penyusunan semula struktur organisasi di Kementerian dan Jabatan /Agensi di bawahnya. Merancang dan menyelaras pelaksanaan naziran perjawatan Kementerian serta memantau pelaksanaan HRMIS di Kementerian.
pointer_purple

Melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat secara biasa dan KUP bagi pegawai Kementerian. Melaksanakan urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Bertanggungjawab sebagai urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di Kementerian.

pointer_purple Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui program latihan/ kursus anjuran Kementerian, sektor awam dan swasta di dalam dan Luar Negara.
pointer_purple

Menggubal Dasar dan Hala Tuju Pembangunan Sumber Manusia.
Menyediakan Perancangan / Pelan Strategik Sumber Manusia. Menyediakan Pelan Penggantian/ Fast Track bagi jawatan utama dan strategik serta SME bagi jawatan bukan gunasama.

pointer_purple
 
Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. Memberi khidmat nasihat rundingan serta melaksanakan program intervensi bagi Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi anggota perkhidmatan awam.
   

Piagam Pelanggan
1.
 
Memastikan 90% daripada bilangan kursus dan latihan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tahun semasa.
 
2.
 
  Memastikan proses kenaikan pangkat bagi jawatan tertutup diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.
 

3.

 
Menyelaras dan menyediakan Laporan Jawatan Isi Kosong (JIK) setiap bulan dalam tempoh 14 hari bekerja pada bulan berikutnya;
4.
 
  Memastikan maklum balas sesi kaunseling dikemukakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan;
 
5.  
Mengadakan sesi kaunseling tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima;
6.
 
 
Memastikan urusan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen diselesaikan dalam tempoh 10 hari (dari tarikh permohonan lengkap diterima) ke dalam sistem urusan perkhidmatan secara online (ePengesahan);
7.
 
  Memastikan urusan permohonan persaraan wajib ke JPA dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan  dan persaraan pilihan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai.
 

Carta Organisasi
Sila klik Carta Organisasi Bahagian Sumber Manusia
 

image

image Alamat Surat - Menyurat
Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 11 & 12, No. 51,
Persiaran Perdana, Presint 4, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya, Malaysia

 
No. Telefon : 603-8891 5223
No. Fax :

603-8891 3492

e-Mel : pa_sbsm@kpkt.gov.my                                                                                              

Kemaskini pada 2024-01-05 10:56:35 daripada Administrator4

  •  
  • Print
  • Email this page