Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Unit Komunikasi Korporat

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |


Visi

Menjadi teras peneraju utama jentera komunikasi dan perhubungan awam yang professional dan berwibawa.


Misi
Menterjemah hasrat Kementerian kepada kehendak kumpulan sasar melalui pendekatan perhubungan yang realistik serta memenuhi aspirasi masyarakat.


Objektif
pointer_blue

Memastikan keberkesanan penyampaian dasar utama dan program KPKT melalui perancangan dan pelaksanaan pelan media.

pointer_blue

Memastikan maklumat terkini berkaitan KPKT disebarkan secara efektif melalui laman web.

pointer_blue

Menyelaras aduan-aduan diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.

pointer_blue

Mempromosikan program-program KPKT melalui media cetak, media elektronik dan media sosial.

pointer_blue

Memantau liputan berita dan isu KPKT di media cetak, media elektronik dan media sosial.


Fungsi
pointer_blue

Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi Kementerian melalui pelbagai medium seperti media cetak dan elektronik;

pointer_blue

Menyelaras aspek perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, serta temu bual khas media cetak dan elektronik;

pointer_blue

Pemantauan berita/laporan media berkaitan Kementerian

pointer_blue

Merancang dan melaksanakan publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi Kementerian melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram & Youtube

pointer_blue

Menyediakan Infografik & Videografik berkaitan dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian

pointer_blue

Menerbitkan Video Pendek berkaitan dasar, peranan, dan program Kementerian

pointer_blue

Memantau dan mengurus maklum balas bagi aduan dan cadangan yang diterima melalui surat khabar, laman web, media sosial serta aduan daripada Biro Pengaduan Awam;

pointer_blue Menyelaras Kaunter dan Galeri KPKT di aras 1; 
pointer_blue Merancang dan mengendalikan urusan mendapatkan maklum balas kepuasan teras perkhidmatan Kementerian daripada orang awam dan pelanggan
pointer_blue Merancang dan menyelaras kandungan Laman Web Kementerian ;
pointer_blue Menyediakan jurugambar dan menyelaras penstoran (archiving) gambar-gambar aktiviti/program KPKT;
pointer_blue Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, brosur, dan risalah;
pointer_blue Menyelaras pameran dan aktiviti outreach KPKT bersama kumpulan sasar; dan
pointer_blue Menyelaras persiapan taklimat, lawatan dari dalam negeri ke Kementerian.


Piagam Pelanggan
 
  1. Menjalankan analisis ke atas kaji selidik kepuasan pelanggan mengenai kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di Kaunter Setempat KPKT.
  2. Mengeluarkan akuan penerimaan kepada pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan/pertanyaan yang lengkap diterima.
  3. Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  4. Penyelesaian aduan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut.
  5. Menyelaras kandungan laman web KPKT, akaun Facebook dan Twitter KPKT sekurang-kurangnya empat (4) kali sebulan.


Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Unit Komunikasi Korporat

image

image Alamat Surat - Menyurat
Ketua Komunikasi Korporat
Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 2, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon : 603-8891 5555
No. Fax : 603-8891 5557
e-Mel : pro[at]kpkt[dot]gov[dot]my                                                                                     

Kemaskini pada 2024-01-05 11:51:16 daripada Administrator4

  •  
  • Print
  • Email this page