Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Piagam Pelanggan KPKT

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

 
  Perumahan dan Kerajaan Tempatan
         
    i. Kelulusan permohonan Lesen Pemajuan Perumahan (DL) yang  lengkap diterima dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja;  
         
    ii. Kelulusan permohonan Permit Iklan dan Jualan (AP)  yang  lengkap diterima dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja;  
         
    iii. Memberi akuan penerimaan aduan/khidmat nasihat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diterima oleh Bahagian Pengurusan Strata, JPN;  
         
    iv. Surat Tawaran kemasukan unit-unit PPR dikeluarkan dalam tempoh dua belas (12) hari bekerja selepas kelulusan daripada Pengurusan Tertinggi KPKT;  
         
    v. Menyelesaikan tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dalam masa satu  ratus (100) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes;  
         
    vi. Menyelesaikan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata dalam masa satu ratus empat puluh (140) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes;  
         
    vii. Menyerahkan Award kepada pihak yang berkenaan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh award;  
         
    viii.
 
Aduan PBT yang diterima oleh JKT: Memanjangkan aduan yang diterima daripada orang awam kepada PBT untuk siasatan awal dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah aduan diterima; dan  
         
    ix. Tindakan siasatan Jabatan Teknikal JKT: Melaksanakan siasatan awal seperti kejadian (banjir, pencemaran, tanah runtuh, kesihatan dan sebagainya) yang dimaklumkan oleh pihak PBT dan menyediakan laporan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh selesai siasatan.  
         
  Kebombaan:  
         
    i.
 
Kelulusan Permohonan bagi Perakuan Pelan Arkitektural dan Pelan Mekanikal & Elektrikal selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;  
         
    ii.
 
Pengeluaran Salinan Laporan Kebakaran/ Kecemasan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan  
         
    iii.
 
Pengeluaran Surat Sokongan Pelesenan Perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap sehingga surat sokong/ tidak disokong ditandatangani.  
         
         
  Perancang Bandar, Landskap dan Pengurusan Sisa Pepejal:  
         
    i.
 
Memperakukan permohonan di bawah Seksyen 20B dan subseksyen 22(2A) Akta 172 di dalam Jawatankuasa Kerja MPFN dalam tempoh 4 bulan selepas permohonan diterima bagi mendapat nasihat MPFN;  
         
    ii. Menjawab permohonan penggunaan Taman Persekutuan bagi tujuan rekreasi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan  
         
    iii.

 
Keputusan pemberian lesen oleh Ketua Pengarah/Pegawai yang diturunkan kuasa melalui Analisa Pengesyoran bagi Permohonan bagi Lesen Baharu dan Pembaharuan Lesen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja setelah pengesyoran lengkap daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) diterima.  
         
         
  Pengurusan Latihan, Kewangan dan Aduan:  
         
    i.
 
Melaksanaan kursus I-KPKT mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 4.0 pada skala 1-5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian;  
         
    ii. Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas maklumat lengkap diterima;  
         
    iii. Akuan penerimaan aduan/pertanyaan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja dari tarikh diterima;  
         
    iv. Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan  
         
    v. Penyelesaian aduan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut.  
         
         
  Kawalan Kredit dan Komuniti:  
         
    i. Pemakluman klasifikasi kes-kes bagi aduan awam yang diterima melalui Kaunter Aduan (Walk-in) dalam tempoh dua puluh empat (24) jam;  
         
    ii. Pengeluaran Surat Cetakan lesen baharu PPW / PPG oleh syarikat dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas proses semakan lengkap;  
         
    iii. Cetakan pembaharuan lesen PPW / PPG oleh syarikat dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas proses semakan lengkap;  
         
    iv. Pengeluaran Surat Pemakluman Kelulusan Permohonan Untuk Mengadakan Sesi Lelongan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Pendaftar Pemegang Pajak Gadai (PPG).  
         
         
         
         
     

Tarikh Kemaskini :27 Oktober 2026 

 
         

Kemaskini pada 2026-10-27 11:28:14 daripada Webmaster

  •  
  • Print
  • Email this page