Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Piagam Pelanggan KPKT

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

 
  Perumahan dan Kerajaan Tempatan
         
    i. Kelulusan permohonan Lesen Pemajuan Perumahan (DL) yang  lengkap diterima dalam tempoh 60 hari bekerja;  
         
    ii. Kelulusan permohonan Permit Iklan dan Jualan (AP)  yang  lengkap diterima dalam tempoh 60 hari bekerja;  
         
    iii. Memberi akuan penerimaan aduan/khidmat nasihat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas diterima oleh Bahagian Pengurusan Strata, JPN;  
         
    iv. Surat Tawaran kemasukan unit-unit PPR dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas kelulusan daripada Pengurusan Tertinggi KPKT;  
         
    v. Menyelesaikan tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dalam masa satu  ratus sepuluh (110) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes;  
         
    vi. Menyelesaikan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata dalam masa satu ratus lima puluh (150) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes;  
         
    vii. Menyerahkan Award kepada pihak yang berkenaan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh award;  
         
    viii.
 
Aduan PBT yang diterima oleh JKT: Memanjangkan aduan yang diterima daripada orang awam kepada PBT untuk siasatan awal dalam tempoh dua puluh empat (24) jam waktu bekerja setelah aduan diterima; dan  
         
    ix. Tindakan siasatan Jabatan Teknikal JKT: Melaksanakan siasatan awal seperti kejadian (banjir, pencemaran, tanah runtuh, kesihatan dan sebagainya) yang dimaklumkan oleh pihak PBT dan menyediakan laporan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.  
         
  Kebombaan:  
         
    i.
 
Kelulusan Permohonan bagi Perakuan Pelan Arkitektural dan Pelan Mekanikal & Elektrikal selewat-lewatnya empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;  
         
    ii.
 
Pengeluaran Salinan Laporan Kebakaran/ Kecemasan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan  
         
    iii.
 
Pengeluaran Surat Sokongan Pelesenan Perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap sehingga surat sokong/ tidak disokong ditandatangani.  
         
         
  Perancang Bandar, Landskap dan Pengurusan Sisa Pepejal:  
         
    i.
 
Mendapatkan nasihat Mesyuarat Majlis Perancang dan Fizikal Negara (MPFN) dibawah subseksyen 22(2A) Akta 172 dalam tempoh empat (4) bulan selepas permohonan lengkap diterima;  
         
    ii. Menjawab permohonan penggunaan Taman Persekutuan bagi tujuan rekreasi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan  
         
    iii.

 
Kelulusan Permohonan bagi Lesen Baharu dan Pembaharuan Lesen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja setelah pengesyoran lengkap daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) diterima.  
         
         
  Pengurusan Latihan, Kewangan dan Aduan:  
         
    i.
 
Melaksanaan kursus I-KPKT mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 4.0 pada skala 1-5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian;  
         
    ii. Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas maklumat lengkap diterima;  
         
    iii. Akuan penerimaan aduan/pertanyaan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja dari tarikh diterima;  
         
    iv. Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan  
         
    v. Penyelesaian aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut.  
         
         
  Kawalan Kredit dan Komuniti:  
         
    i. Surat kelulusan bersyarat bagi lesen baharu dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh kelulusan pendaftar;  
         
    ii. Pengeluaran Surat Kelulusan Bersyarat PPW dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh kelulusan Pendaftar PPW;  
         
    iii. Pembaharuan lesen PPW / PPG dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan  
         
    iv. Pengeluaran Surat Pemakluman Kelulusan permohonan untuk mengadakan sesi lelongan dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas permohonan.  
         
         
    *TB - Tidak Berkaitan (tiada sebarang permohonan atau aduan diterima pada bulan tersebut)  
         
         
     

Tarikh Kemaskini :19 September 2023

 
         

Kemaskini pada 2024-01-05 11:16:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page