Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

i-Miliki

image
Apakah itu i-Miliki
  •  
i-Miliki ialah Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia
  •  
Inisiatif ini diwujudkan bagi memberikan pengecualian duti setem MOT dan perjanjian pinjaman bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023 melalui pewartaan PU(A)176/2023, PU(A)177/2023, PU(A)179/2023 & PU(A)180/2023
  •  
Pengecualian duti setem MOT dan perjanjian pinjaman bagi perjanjian jual beli tertakluk kepada tier harga rumah seperti berikut sahaja:
   
 
Julat Harga Rumah Pengecualian duti setem
RM500,000 dan ke bawah 100%
RM500,001 hingga RM1 juta 75%

 

   
Apakah syarat untuk memohon i-Miliki?
  •  
Pemaju perlu memberi diskaun sekurang-kurangnya 10% (kecuali rumah harga terkawal)
  •  
Melibatkan pembelian rumah pertama sahaja
  •  
Jenis Kediaman – rumah, kondominium, pangsapuri, rumah pangsa, pangsapuri perkhidmatan dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO)
  •  
Perjanjian pinjaman bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023
   
Bagaimana memohon i-Miliki?
  •  
Muat turun Surat Akuan Pemberian Diskaun Pemberian 10% Harga Rumah (Klik Borang Surat Akaun Pemberian Diskaun 10%) dan Surat Akuan Pembeli Rumah Pertama (Klik Borang Surat Akaun Pembeli Rumah Pertama).
  •  
Pastikan maklumat diisi dengan betul dan tepat mengikut tier harga RM500,000 ke bawah dan RM500,001 ke atas terutama harga asal pemajuan, pemberian diskaun ditawarkan dan selepas harga diskaun
  •  
Tandatangan oleh pembeli rumah dan pemaju
  •  
Tandatangan oleh Pesuruhjaya sumpah
  •  
Pembeli/ wakil pembeli memuatnaik Surat Akuan Pemberian Diskaun Pemberian 10% Harga Rumah dan Surat Akuan Pembeli Rumah Pertama yang telah lengkap bersama dokumen-dokumen diperlukan di laman sesawang>>  https://stamps.hasil.gov.my untuk serahan
  •  
Urusan memproses serahan SD ini sekurang-kurangnya 15 hari jika kesemua dokumen yang dilampirkan lengkap dan tepat serta tiada kuiri atau semakan terperinci
   
Apakah dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada LHDN?
  •  
Salinan Advertising Permit (AP)
  •  
Salinan Perjanjian Jual Beli
  •  
Salinan Geran Tanah
  •  
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
   
Bagaimanakah proses permohonan i-Miliki?
  flowchart
   
   
Bagaimanakah ingin mengetahui sama ada permohonan i-Miliki adalah lulus atau gagal?
  •  
Semakan permohonan penyeteman i-Miliki boleh dilakukan melalui portal STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my dengan membuat carian menggunakan nombor adjudikasi.
   
Sebarang pertanyaan berhubung i-Miliki boleh e-mel kepada hope@kpkt.gov.my
   
Untuk maklumat lanjut untuk FAQ i-Miliki (klik di sini)
   

 

Diterbitkan pada 4 Januari, 2024 Diterbitkan Oleh Administrator