Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

TPPS : Permohonan Borang Tuntutan Oleh Pembeli Rumah (Borang 1)

 
ARAHAN KEPADA PIHAK MENUNTUT:
1. Anda hendaklah mengisi nama penuh anda, nombor kad pengenalan dan alamat anda dalam ruang yang disediakan.
2. Anda hendaklah mengisi nama penuh penentang dan alamatnya yang terakhir diketahui dalam ruang yang disediakan.
3. Anda hendaklah menyatakan amaun tepat yang dituntut dalam ruang yang disediakan. Amaun yang dituntut itu tidak boleh melebihi RM50,000.00. Jika amaun itu melebihi RM50,000.00 maka tuntutan itu hendaklah difailkan di Mahkamah Sesyen, melainkan kedua-dua pihak telah bersetuju sebaliknya secara bertulis seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 160 Akta.
4. Anda hendaklah menyatakan butir-butir tuntutan anda dalam ruang yang disediakan. Butir-butir itu hendaklah menyatakan tarikh yang berkaitan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit atau apakah asas tuntutan itu.
5. Jika ruang yang disediakan tidak mencukupi, sila gunakan helaian kertas yang berasingan dan tuliskan “sila lihat muka surat sebelah”. Apa-apa helaian kertas yang digunakan hendaklah dilampirkan bersama Borang ini.
6. Setelah mengisi butir-butir, anda hendaklah menandatangani Borang ini.
7. Setelah menyiapkan Borang ini, anda hendaklah memfailkan Borang ini dalam 4 salinan di Pejabat Pendaftaran Tribunal. Anda hendaklah membayar fi pemfailan sebanyak RM10. Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Tribunal pada 4 salinan itu. Dua salinan Borang ini akan dikembalikan kepada anda.
8. Anda tidak boleh diwakili oleh peguam semasa perbicaraan. Bagaimanapun anda boleh memohon kepada Tribunal semasa perbicaraan untuk representasi peguam jika anda dapat menunjukkan bahawa perkara yang dipertikaikan melibatkan isu undang-undang yang rumit dan anda akan mengalami kesusahan kewangan yang teruk jika anda tidak diwakili peguam.
   
ARAHAN KEPADA PENENTANG:
1. Apabila anda menerima Borang ini yang telah dimeteraikan dengan meterai Tribunal, anda adalah didakwa oleh pihak yang menuntut.
2. Jika anda mempertikaikan tuntutan itu anda hendaklah menyatakan pembelaan anda, dengan butir-butir, dalam Borang 2.
3. Anda hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan anda di Pejabat Pendaftaran Tribunal.
4. Jika anda gagal untuk memfailkan pembelaan anda dalam masa yang ditetapkan atau jika anda gagal untuk hadir di hadapan Tribunal pada tarikh pendengaran, maka Tribunal boleh membuat award dengan memihak kepada pihak yang menuntut.
5. Anda tidak boleh diwakili oleh peguam semasa perbicaraan. Bagaimanapun anda boleh memohon kepada Tribunal semasa perbicaraan untuk representasi peguam jika anda dapat menunjukkan bahawa perkara yang dipertikaikan melibatkan isu undang-undang yang rumit dan anda akan mengalami kesusahan kewangan yang teruk jika anda tidak diwakili peguam. 
   
PILIHAN PERKHIDMATAN:
a. Muat turun Borang 1 dan cetak. Isikan, hantar dan buat bayaran memproses permohonan ke kaunter TTPR.
   
  Muat Turun Borang 1 
   
   
   
   
   

Kemaskini pada 2021-08-25 14:01:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page