|
Senarai Semak: | ||
1. | Berada di dalam bilik pendengaran sebelum pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh Tribunal. | |
2. | Bangun dan tunduk hormat apabila Presiden masuk dan meninggalkan bilik pendengaran. | |
3. | Tampil ke hadapan apabila nombor dan nama kes dipanggil oleh jurubahasa. | |
4. | Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan. | |
5. | Dilarang membuat bising atau makan semasa Tribunal bersidang. | |
6. | Tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar dari Tribunal yang sedang bersidang. | |
7. | Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam bilik pendengaran. | |
8. | Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan. | |
9. | Sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan. | |
10. | Telefon bimbit dan alat-alat elektronik lain yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan. | |
Etika Berpakaian | |
Pakaian yang sopan. | |
Tatacara Pendengaran Di Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata | |
Sebelum Pendengaran: |
Pihak-pihak hendaklah berada di Bilik Pendengaran pada hari yang ditetapkan sebelum atau pada pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh Tribunal. |
|||
Pihak-pihak dinasihati menyemak Senarai Pendengaran Kes yang ditampalkan di luar Bilik Pendengaran Tribunal untuk memastikan nombor tuntutan dan pihak-pihak adalah tepat serta menyemak Bilik Pendengaran bagi kes tersebut. |
|||
Pihak-pihak yang menghadiri pendengaran di Tribunal hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk disemak oleh Presiden: |
(a) |
kad pengenalan asal bagi warganegara Malaysia atau passport antarabangsa/ dokumen yang berkaitan bagi warganegara asing; |
||
(b) |
surat wakil kuasa jika mewakili suatu perbadanan, kumpulan orang yang tidak diperbadankan, orang belum dewasa ataumana-mana orang lain yang tidak berupaya; |
||
(c) |
bagi pengarah atau pengerusi suatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan, apa-apa dokumen yang dapat membuktikan jawatan yang dipegangnya; |
||
(d) | semasa pendengaran pertama – |
(i) |
bagi kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, bukti serahan tangan atau resit pengeposan pos berdaftar bagi penyerahan Borang 1 kepada Pihak Penentang dan Pihak Pembiaya (bank atau Perbendaharaan Malaysia); atau |
|||
(ii) |
bagi kes Tribunal Pengurusan Strata, bukti serahan tangan, resit pengeposan pos berdaftar atau bukti pelekatan pada bahagian utama di alamat yang akhir diketahui bagi penyerahan Borang 1 kepada Pihak Penentang; dan |
|||
(iii) | mana-mana dokumen, rekod atau benda yang berkaitan. |
Dokumen seperti kad pengenalan asal/passport antarabangsa dan surat wakil kuasa hendaklah dibawa untuk setiap pendengaran dan setiap kes dan bukan sahaja untuk pendengaran pertama di Tribunal. |
Semasa Pendengaran: |
Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang Presiden semasa pendengaran dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka. |
|||
Semua orang yang berada dalam mahkamah Tribunal hendaklah berdiri dan menunduk hormat apabila Presiden masuk atau keluar daripada mahkamah Tribunal. |
|||
Semua orang perlu menunduk hormat kepada Presiden semasa masuk atau keluar daripada mahkamah Tribunal. | |||
Kedua-dua pihak hendaklah tampil ke hadapan apabila nama dan nombor tuntutan kes dipanggil oleh Jurubahasa. | |||
Kedua-dua pihak hendaklah berdiri apabila dipanggil oleh Presiden untuk menjelaskan tuntutan atau pembelaan masing-masing serta menjawab soalan-soalan daripada Presiden. |
|||
Kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing. |
|||
Mana-mana pihak yang ingin menunjukkan apa-apa dokumen, rekod atau benda kepada Presiden semasa pendengaran hendaklah memberikan sesalinan dokumen, rekod atau benda yang sama kepada pihak yang satu lagi. |
|||
Kedua-dua pihak hendaklah berdiri apabila Presiden membacakan keputusan bagi kes tersebut. |
Selepas Pendengaran: |
|
Sekiranya Presiden membuat keputusan bagi kes tersebut pada hari berkenaan, pihak-pihak hendaklah menunggu untuk mendapatkan salinan award bagi kes tersebut daripada Jurubahasa serta menyemak sama ada butiran seperti nama pihak-pihak, nombor tuntutan, tarikh pendengaran dan keputusan Tribunal yang dinyatakan dalam award adalah tepat. |
||
Sekiranya pendengaran ditangguh atau disambung kepada suatu tarikh tertentu yang ditetapkan, pihak-pihak hendaklah menunggu untuk mendapatkan slip makluman pendengaran bagi pendengaran yang seterusnya daripada Jurubahasa. |