PERANAN DAN FUNGSI UTAMA
|
Pejabat Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata adalah gabungan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Tribunal Pengurusan Strata. |
|
|
Fungsi Utama Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah adalah seperti berikut: |
|
Forum alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dengan pemaju perumahan;
|
|
Mendengar dan menentukan apa-apa tuntutan dan pertikaian yang timbul daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan Pemaju Perumahan berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 16N(2) Akta 118;
|
|
Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di TTPR iaitu tuntutan bukan teknikal dan tuntutan teknikal;
|
|
• Tuntutan Bukan Teknikal
Tuntutan bagi kelewatan penyerahan milikan kosong (vacant possession).
|
|
• Tuntutan Teknikal
Tuntutan yang disebabkan oleh kecacatan mutu kerja atau bahan-bahan yang digunakan tidak mengikut pelan dan butiran seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli.
|
|
Tuntutan tidak melebihi RM50,000.
|
|
Memastikan semua aduan diberi maklum balas sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja.
|
|
|
Fungsi Utama Tribunal Pengurusan Strata adalah seperti berikut: |
|
Forum alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai isu-isu pengurusan strata. Pihak yang berhak mengemukakan tuntutan adalah :
|
|
i) Pemaju;
ii) Pembeli;
iii) Pemilik termasuk pemilik asal;
iv) Badan Pengurusan Bersama (JMB);
v) Perbadanan Pengurusan (MC);
vi) Perbadanan Pengurusan Subsidiari;
vii) Ejen Pengurusan; dan
viii) Mana-mana orang berkepentingan dengan kebenaran Tribunal.
|
|
Mendengar dan menentukan apa-apa tuntutan yang diperuntukkan dalam Bahagian 1 Jadual Keempat, Akta 757; dan
|
|
Tuntutan tidak melebihi RM250,000.
|
|
|
Kemaskini pada 2021-05-20 21:32:06 daripada Administrator