18. | Apakah proses seterusnya apabila Borang 3 difailkan? | ||
i. | TPS akan memeteraikan, meletakkan tarikh dan menandatangani Borang 3. | ||
ii. | 2 salinan Borang 3 yang telah dimeterai akan dipulangkan kepada Pihak Yang Menuntut. | ||
|
|||
|
|||
19. | Apakah kaedah penyerahan Borang 3 kepada Penentang? | ||
Pihak Yang Menuntut perlu menyerahkan Borang 3 kepada Penentang dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang 3 termeterai dikeluarkan oleh TPS. Pihak Yang Menuntut perlu menyerahkan Borang 3 kepada Penentang melalui kaedah-kaedah berikut: | |||
i. | Secara serahan tangan. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah salinan akuan penerimaan / tandatangan / cop penerimaan / gambar penyerahan dan tarikh penyerahan. | ||
ii. | Melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi Penentang. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah bukti pengeposan. | ||
iii. |
Melekatkan Borang 3 pada bahagian utama di alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi Penentang. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah gambar Borang 3 dilekatkan di premis tersebut dan tarikh penyerahan. | ||
20. | Bolehkah Borang 2 difailkan di tempat yang berbeza daripada tempat pemfailan Borang 1? | ||
Tidak boleh. | |||
Contoh: Sekiranya Borang 1 difailkan di Putrajaya, Borang 2 perlu difailkan di Putrajaya juga dan Borang 2 tersebut tidak boleh difailkan di TPS di Zon Utara (Kepala Batas, Pulau Pinang) / Zon Timur (Kuala Terengganu, Terengganu) / Zon Selatan (Johor Bahru, Johor). | |||
21. | Apakah yang perlu dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut dan Penentang pada tarikh pendengaran? | ||
Berikut adalah tatacara yang perlu diikuti oleh pihak-pihak sebelum, semasa dan selepas pendengaran: | |||
A. | SEBELUM PENDENGARAN | ||
i. | Pihak-pihak hendaklah berada di Bilik Pendengaran pada hari yang ditetapkan sebelum atau pada pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan. Pihak – pihak diminta untuk berpakaian kemas dan bersesuaian. | ||
ii. |
Pihak-pihak dinasihati menyemak Senarai Pendengaran Kes yang ditampalkan di luar Bilik Pendengaran TPS untuk memastikan nombor tuntutan dan pihak-pihak adalah tepat serta menyemak Bilik Pendengaran bagi kes tersebut. | ||
iii. | Pihak-pihak yang menghadiri pendengaran di TPS hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk disemak oleh Presiden: | ||
|
|||
|
|||
|
|||
|
|||
|
|||
iv. | Dokumen seperti kad pengenalan asal / passport antarabangsa dan surat wakil kuasa hendaklah dibawa untuk setiap pendengaran dan setiap kes dan bukan sahaja untuk pendengaran pertama di TPS. | ||
B. | SEMASA PENDENGARAN | ||
i. | Pendengaran tuntutan dalam TPS akan dijalankan di hadapan seorang Presiden | ||
ii. | Semua orang yang berada dalam mahkamah TPS hendaklah berdiri dan menunduk hormat apabila Presiden masuk atau keluar daripada mahkamah TPS. | ||
iii. | Semua orang perlu menunduk hormat kepada Presiden semasa masuk atau keluar daripada mahkamah TPS. | ||
iv. | Kedua-dua pihak hendaklah tampil ke hadapan apabila nama dan nombor tuntutan kes dipanggil oleh Jurubahasa. | ||
v. | Kedua-dua pihak hendaklah berdiri apabila dipanggil oleh Presiden untuk menjelaskan tuntutan atau pembelaan masing-masing serta menjawab soalan-soalan daripada Presiden. | ||
vi. | Kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing. | ||
vii. | Pihak – pihak boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris semasa pendengaran. | ||
viii. | Mana-mana pihak yang ingin menunjukkan apa-apa dokumen, rekod atau bahan kepada Presiden semasa pendengaran hendaklah memberikan sesalinan dokumen, rekod atau bahan yang sama kepada pihak yang satu lagi. | ||
ix. | Kedua-dua pihak hendaklah berdiri apabila Presiden membacakan keputusan bagi kes tersebut. | ||
x. | PIHAK-PIHAK TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT SEBARANG RAKAMAN AUDIO ATAU VIDEO SEMASA SESI PENDENGARAN. | ||
C. | SELEPAS PENDENGARAN | ||
i. | Sekiranya Presiden membuat keputusan bagi kes tersebut pada hari berkenaan, pihak-pihak hendaklah menunggu untuk mendapatkan salinan award bagi kes tersebut daripada Jurubahasa. | ||
ii. | Pihak-pihak diminta untuk menyemak sama ada butiran seperti nama pihak-pihak, nombor tuntutan, tarikh pendengaran dan keputusan TPS yang dinyatakan dalam award adalah tepat. | ||
22. | Adakah pengambilan gambar atau rakaman video / audio dibenarkan semasa pendengaran? | ||
Tidak boleh. | |||
23. | Adakah orang lain boleh hadir untuk mewakili Pihak Yang Menuntut / Penentang semasa pendengaran? (Seksyen 110(4) Akta 757) | ||
Tidak boleh kecuali dalam situasi seperti berikut: |
|||
a. | Bagi perbadanan / kumpulan orang yang tidak diperbadankan | ||
Mereka boleh diwakili oleh pekerja yang bergaji sepenuh masa. | |||
b. | Bagi orang belum dewasa / orang tidak berupaya | ||
Orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakilnya atau penjaga ad litemnya. | |||
c. | Bagi JMB / MC / Sub-MC | ||
Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh JMB / MC / Sub-MC. | |||
Dalam situasi di atas, wakil tersebut hendaklah membawa surat wakil kuasa yang ditandatangani oleh Pihak Yang Menuntut / Penentang (yang mana berkenaan). | |||
24. |
Sekiranya Pihak Yang Menuntut / Penentang (individu) tidak berupaya untuk membentangkan tuntutan / pembelaannya semasa pendengaran kerana mempunyai masalah komunikasi, adakah orang lain boleh hadir untuk mewakili Pihak Yang Menuntut / Penentang semasa pendengaran? | ||
Pihak Yang Menuntut / Penentang (individu) boleh memohon kebenaran Presiden TPS untuk mendapatkan bantuan seorang wakil bagi menjelaskan tuntutan / pembelaannya, tertakluk kepada budi bicara Presiden TPS. Walau bagaimanapun, Pihak Yang Menuntut / Penentang masih perlu hadir sendiri bersama wakil tersebut. | |||
25. | Adakah pihak-pihak boleh melantik peguam untuk mewakili mereka semasa pendengaran? | ||
Tidak. Pihak-pihak perlu mengendalikan kes dengan sendiri. | |||
Walau bagaimanapun, sekiranya mereka ingin melantik peguam, pihak-pihak perlu hadir sendiri pada tarikh pendengaran / memfailkan Borang 14 untuk memohon kepada Presiden TPS kebenaran untuk diwakili oleh peguam bela dan peguam cara. Kebenaran untuk diwakili oleh peguam bela dan peguam cara tersebut adalah budi bicara Presiden TPS tertakluk kepada pematuhan 2 syarat berikut: | |||
i. | perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks; | ||
dan | |||
ii. | satu pihak akan menghadapi kesusahan kewangan yang teruk jika dia tidak diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara. | ||
26. | Sekiranya Pihak Yang Menuntut / Penentang tidak dapat hadir pada tarikh pendengaran yang telah ditetapkan oleh TPS, apakah yang boleh dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut? | ||
Pihak Yang Menuntut / Penentang perlu hadir pada tarikh pendengaran yang ditetapkan. | |||
Namun, jika Pihak Yang Menuntut / Penentang tidak dapat hadir dalam keadaan kecemasan, permohonan penangguhan hendaklah dibuat di hadapan Presiden TPS pada tarikh pendengaran. Bagi tujuan tersebut, Pihak Yang Menuntut / Penentang boleh menghantar wakil untuk berbuat demikian semasa pendengaran dan kebenaran penangguhan adalah tertakluk kepada budi bicara Presiden. Wakil tersebut boleh mengemukakan dokumen sokongan, sebagai contoh sijil cuti sakit atau tiket penerbangan. | |||
27. | Apakah keputusan yang boleh dibuat oleh Presiden TPS pada tarikh pendengaran sekiranya salah satu Pihak Yang Menuntut / Penentang atau kedua-dua pihak tidak hadir? | ||
Sekiranya Pihak Yang Menuntut tidak hadir dan Penentang hadir, tuntutan boleh dibatalkan atau award dikeluarkan kepada Penentang sekiranya ada tuntutan balas oleh Penentang. | |||
Sekiranya Penentang tidak hadir, award boleh dikeluarkan terhadap Penentang dan tuntutan balas akan dibatalkan (sekiranya ada). | |||
28. |
Sekiranya salah satu Pihak Yang Menuntut / Penentang tidak hadir pada tarikh pendengaran dan suatu award dikeluarkan oleh TPS terhadap Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut, apakah yang boleh dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut? | ||
Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut boleh memohon untuk mengetepikan award tersebut. Permohonan untuk mengetepikan award tersebut boleh dibuat dengan memfailkan Permohonan Untuk Mengenepikan Award (Borang 16) dalam tempoh 30 hari dari tarikh award tersebut diserahkan kepada Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut. | |||
29. | Apakah keputusan yang boleh dibuat oleh Presiden TPS pada akhir pendengaran tuntutan di mana kedua-dua pihak telah hadir? | ||
i. | TPS akan mengeluarkan Award Selepas Pendengaran (Borang 11). | ||
ii. | Sekiranya terdapat persetujuan antara kedua-dua pihak, TPS akan mengeluarkan Award Dengan Persetujuan (Borang 6). | ||
30. | Adakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TPS terlibat dengan penentuan keputusan oleh Presiden TPS dalam sesuatu tuntutan? | ||
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TPS tidak terlibat sama sekali dengan penentuan keputusan oleh Presiden TPS yang mendengar tuntutan tersebut. Keputusan Presiden TPS dibuat secara bebas berdasarkan penilaian fakta dan undang-undang yang terlibat, tanpa sebarang campur tangan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TPS. | |||
31. | Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya mana-mana pihak tidak mematuhi award yang dikeluarkan oleh TPS? (Seksyen 120 Akta 757) | ||
Award (Keputusan) yang dikeluarkan oleh TPS adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding kes tersebut. Sekiranya terdapat keingkaran award, pihak yang terkilan perlu memberi 4 salinan notis ingkar award dan 6 salinan award kepada TPS. | |||
Setiausaha TPS kemudian akan menghantar suatu salinan award kepada Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang baginya award itu adalah berkaitan atau di tempat award itu dibuat. Award tersebut akan direkodkan di Mahkamah Sivil berkenaan dan TPS akan menyerahkan award yang telah direkodkan tersebut kepada pihak yang terkilan setelah menerima kembali award berkenaan. Tempoh yang diambil untuk merekodkan award adalah bergantung kepada Mahkamah tersebut. |
|||
32. | Apakah tindakan selanjutnya yang boleh diambil selepas menerima award yang telah direkodkan di Mahkamah? | ||
Apabila award telah direkodkan di Mahkamah, award tersebut boleh dikuatkuasakan melalui tindakan jenayah yang akan disiasat oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB). Keingkaran untuk mematuhi award merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 123 Akta 757 yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 250,000.00 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. Pihak yang terkilan perlu memaklumkan COB di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan untuk tindakan siasatan dan pendakwaan. | |||
Selain itu, pihak yang terkilan juga boleh mengambil tindakan sivil dengan memfailkan apa-apa prosiding pelaksanaan di Mahkamah Sivil. Pihak yang terkilan boleh melantik peguam sendiri untuk tujuan tersebut. | |||
*Tindakan penguatkuasaan atau pelaksanaan award yang telah direkodkan adalah di luar bidang kuasa TPPS | |||
33. | Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan award yang dibuat oleh TPS, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak tersebut? | ||
Pihak tersebut boleh memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil untuk mencabar award TPS tersebut. | |||
34. | Adakah pihak-pihak boleh mendapatkan nota keterangan dan alasan keputusan daripada TPS bagi sesuatu tuntutan? | ||
Salinan nota keterangan dan alasan keputusan penuh bertulis akan dibekalkan kepada pihak-pihak setelah permohonan kebenaran semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. Pihak-pihak hendaklah mengemukakan sesalinan kertas kausa permohonan semakan kehakiman tersebut (Permohonan Semakan Kehakiman, Pernyataan, Afidavit Sokongan, Perintah Kebenaran Semakan Kehakiman) kepada TPS. | |||
35. | Adakah award TPS boleh dipinda setelah ia dikeluarkan oleh TPS? | ||
Award TPS adalah muktamad dan tidak boleh dipinda kecuali untuk membaiki atau membetulkan kesilapan sunting atau kesilapan / peninggalan yang tidak disengajakan. | |||
36. | Adakah pelaksanaan award TPS boleh ditangguhkan atau digantungkan oleh TPS? | ||
TPS tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangguhkan atau menggantungkan pelaksanaan awardnya. Sebarang penangguhan atau penggantungan pelaksanaan award TPS hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil dalam permohonan semakan kehakiman. | |||
37. | Bagaimanakah pihak-pihak boleh membuat pertanyaan kepada TPS setelah tuntutan difailkan? | ||
Untuk urusan pertanyaan setelah tuntutan difailkan, Pihak Yang Menuntut dan / atau Penentang boleh menghantar surat / e-mel / membuat panggilan telefon ke TPS, dan sila nyatakan nombor kes TPS yang telah diberikan bagi tuntutan tersebut. | |||
Alamat : | |||
Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) | |||
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 3-4, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. |
|||
E-mel : tribunal@kpkt.gov.my | |||
Tel : 03-88913284 | |||
<< Kembali | |||
Kemaskini pada 2024-05-08 12:14:09 daripada Administrator