1. | Apakah bidang kuasa TPS? (Seksyen 105 Akta 757) | |||
---|---|---|---|---|
TPS mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan tuntutan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat dalam Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757]. Bahagian 1 Jadual Keempat adalah seperti berikut:
|
||||
i. |
Suatu pertikaian atau aduan berkenaan dengan suatu penjalanan atau pelaksanaan, atau kegagalan untuk menjalankan atau melaksanakan, suatu fungsi, kewajipan atau kuasa yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, kecuali bagi yang diperuntukkan secara khusus dalam Bahagian ini. | |||
ii. |
Tertakluk kepada subseksyen 16N(2) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], suatu pertikaian mengenai kos atau pembaikan berkenaan dengan suatu kecacatan dalam suatu petak, bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak, atau bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, dan harta bersama atau harta bersama terhadnya. | |||
iii. |
Suatu tuntutan bagi mendapatkan Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas, atau apa-apa jumlah yang diisytiharkan oleh peruntukan Akta ini sebagai suatu hutang. | |||
iv. | Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk mengadakan suatu mesyuarat agung. | |||
v. | Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk membatalkan prosiding mesyuarat jika mana-mana peruntukan Akta telah dilanggari. | |||
vi. | Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk menidaksahkan suatu ketetapan jika hak mengundi telah dinafikan atau jika notis yang sewajarnya telah tidak diberi. | |||
vii. | Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk menidaksahkan suatu ketetapan yang diluluskan dalam suatu mesyuarat agung. | |||
viii. |
Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk membatalkan pindaan undang-undang kecil dengan mengambil kira kepentingan semua pemunya petak atau pemilik. | |||
ix. |
Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk mengubah kadar bunga yang ditetapkan oleh badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari bagi pembayaran lewat Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas. | |||
x. | Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk mengubah jumlah insurans yang disediakan. | |||
xi. | Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk meneruskan suatu tuntutan insurans. | |||
xii. |
Suatu tuntutan bagi memaksa pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari untuk memberikan maklumat atau dokumen. | |||
xiii. |
Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk memberikan persetujuan bagi melakukan perubahan kepada mana-mana harta bersama atau harta bersama terhad. | |||
xiv. | Suatu tuntutan bagi suatu perintah untuk mengesahkan, mengubah atau membatalkan keputusan Pesuruhjaya. | |||
Selain daripada tuntutan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, TPS juga mempunyai bidangkuasa untuk mendengar tuntutan bagi mendapatkan (Seksyen 32(7) dan Seksyen 71(5) Akta 757): | ||||
i. | Perintah untuk menguatkuasakan pelaksanaan mana-mana undang-undang kecil; | |||
ii. | Perintah untuk mencegah pelanggaran mana-mana undang-undang kecil; dan | |||
iii. | Gantirugi bagi apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang atau harta yang timbul daripada pelanggaran mana-mana undang-undang kecil. | |||
2. | Bolehkah isu yang sama difailkan di TPS dan di Mahkamah Sivil? (Seksyen 106(1) Akta 757) | |||
Tidak boleh kerana hanya satu forum yang boleh mendengar dan memutuskan kes pada satu-satu masa. | ||||
3. | Bolehkah suatu tuntutan difailkan di TPS jika tuntutan bagi isu yang sama telah didengar / dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah Sivil? (Seksyen 106(2) Akta 757) | |||
Tidak boleh. | ||||
4. | Bolehkah suatu tuntutan yang telah dibuat keputusan oleh TPS difailkan semula di TPS atas isu yang sama? | |||
Tidak boleh. | ||||
5. | Berapakah had maksimum nilai tuntutan di TPS? (Seksyen 105(1) Akta 757) | |||
Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM 250,000.00. | ||||
6. | Apakah tempoh masa untuk memfailkan tuntutan di TPS? (Seksyen 105(2) Akta 757) | |||
Tiada had masa untuk memfailkan tuntutan di TPS. | ||||
7. | Adakah TPS mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman bagi kesalahan jenayah kerana tidak mematuhi award yang dikeluarkan oleh TPS di bawah Akta 757? (Seksyen 125 Akta 757) | |||
Tidak. Sebarang siasatan bagi kesalahan jenayah tidak mematuhi award adalah di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building (COB)) dan jika terdapat sebarang pendakwaan berkenaan kesalahan jenayah, hanya Mahkamah Jenayah sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan dan mengenakan hukuman. | ||||
8. | Siapakah yang boleh memfailkan tuntutan di TPS? (Seksyen 107 Akta 757) | |||
i. | Pemaju | |||
ii. | Pembeli | |||
iii. | Pemilik (termasuk pemilik asal) | |||
iv. | Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body (JMB)) | |||
v. | Perbadanan Pengurusan (Management Corporation (MC)) | |||
vi. | Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Subsidiary Management Corporation (Sub-MC)) | |||
vii. | Ejen Pengurusan (yang dilantik oleh COB) | |||
viii. | Mana-mana orang berkepentingan yang lain dengan kebenaran TPS (contohnya penyewa dan pihak yang terkesan, tertakluk kepada kebenaran Tribunal). | |||
9. | Apakah prosedur untuk orang berkepentingan yang lain untuk memfailkan tuntutan di TPS? | |||
Mana-mana orang berkepentingan tersebut hendaklah mengisi Borang Permohonan Kebenaran Memfailkan Tuntutan di TPS terlebih dahulu dan mengemukakan borang yang telah dilengkapkan kepada TPS. Borang tersebut perlu dipohon melalui e-mel ke tribunal@kpkt.gov.my Pihak TPS akan menentukan sama ada permohonan tersebut dibenarkan atau tidak. Orang berkepentingan tersebut hanya boleh memfailkan tuntutan di TPS selepas memperoleh kebenaran tersebut. |
||||
Selepas itu, kebenaran tersebut hendaklah dikepilkan bersama Borang 1 semasa pemfailan tuntutan. | ||||
10. | Apakah jenis borang yang diguna pakai di TPS? | |||
a. | Borang Butiran TPS | |||
b. | Borang Senarai Tuntutan Teknikal TPS | |||
c. | Borang 1 – Pernyataan Tuntutan | |||
d. | Borang 2 – Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas | |||
e. | Borang 3 – Pembelaan Kepada Tuntutan Balas | |||
f. | Borang 4 – Notis Pendengaran | |||
g. | Borang 5 – Notis Rundingan | |||
h. | Borang 6 – Award dengan Persetujuan | |||
i. | Borang 7 – Award Bagi Pihak Yang Menuntut jika Penentang Tidak Memfailkan Pernyataan Pembelaan | |||
j. | Borang 8 – Award Jika Penentang Mengakui Tuntutan | |||
k. | Borang 9 – Award Bagi Penentang Jika Pihak Yang Menuntut Tidak Hadir | |||
l. | Borang 10 – Award Bagi Pihak Yang Menuntut Jika Penentang Tidak Hadir | |||
m. | Borang 11 – Award Selepas Pendengaran | |||
n. | Borang 12 – Notis Permohonan Saman Untuk Hadir | |||
o. | Borang 13 – Saman Untuk Hadir | |||
p. | Borang 14 – Notis Permohonan | |||
q. | Borang 15 – Perintah Permohonan | |||
r. | Borang 16 – Permohonan Untuk Mengenepikan Award | |||
11. | Apakah prosedur untuk memfailkan tuntutan di TPS? | |||
A. PEMFAILAN SECARA DALAM TALIAN | ||||
Proses pemfailan dan pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem e-TPS https://etps.kpkt.gov.my/portal | ||||
Sila rujuk: | ||||
i. | Manual Pengguna Sistem e-TPS | |||
ii. | Arahan kepada Pihak Yang Menuntut selepas pemfailan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) | |||
iii. | Arahan kepada Pihak Penentang selepas pemfailan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas (Borang 2) | |||
iv. | Arahan kepada Pihak Yang Menuntut selepas pemfailan Pembelaan kepada Tuntutan Balas (Borang 3) | |||
v. | Arahan kepada Pihak Yang Menuntut / Pihak Penentang selepas pemfailan Permohonan Interlokutori (Borang 14) | |||
*Sila ambil maklum bahawa pemfailan Borang Permohonan Untuk Mengenepikan Award (Borang 16) tidak boleh dibuat melalui Sistem e-TPS dan hendaklah difailkan melalui kaunter atau pos (rujuk Soalan 28). | ||||
B. PEMFAILAN MELALUI KAUNTER ATAU POS | ||||
i. | Borang 1 hendaklah diisi dan dilengkapkan dalam 4 salinan (salinan tambahan diperlukan sekiranya terdapat lebih daripada seorang penentang). | |||
|
Nama, nombor kad pengenalan / nombor syarikat / nombor pendaftaran, alamat surat menyurat, nombor telefon, nombor telefon bimbit dan nombor faks pihak yang menuntut dan pihak penentang hendaklah diisi dengan lengkap, jelas dan betul. | |||
|
Tuntutan dan butir-butir tuntutan hendaklah dinyatakan dalam Borang 1. | |||
|
Pihak – pihak boleh mengisi borang 1 dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. | |||
|
Keempat-empat salinan Borang 1 hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh Pihak Yang Menuntut. | |||
ii. | Borang Butiran TPS hendaklah diisi dan dilengkapkan dalam 2 salinan. | |||
|
Nama, alamat surat menyurat pihak yang menuntut dan pihak penentang serta alamat premis tuntutan, nombor telefon dan alamat e-mel pihak yang menuntut dan pihak penentang hendaklah diisi dengan lengkap, jelas dan betul. | |||
iii. | Dokumen-dokumen sokongan berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1 (jumlah salinan dokumen sokongan adalah sama dengan jumlah salinan Borang 1). | |||
a. Bagi tuntutan berkenaan kebocoran antara tingkat (interfloor leakage) | ||||
o Borang 28 | ||||
o Gambar kerosakan yang berwarna | ||||
o Dokumen-dokumen lain yang berkaitan | ||||
b. Bagi tuntutan untuk mendapatkan caj penyenggaraan dan caruman kepada kumpulan wang penjelas | ||||
o Penyata akaun | ||||
o Borang 11 (Pemaju / JMB) / Borang 20 (MC) | ||||
o Bukti serahan Borang 11 / Borang 20 kepada pembeli / pemunya petak / pemilik secara serahan tangan / pos berdaftar | ||||
o Dokumen-dokumen lain yang berkaitan | ||||
c. Bagi tuntutan-tuntutan lain | ||||
o Dokumen-dokumen berkaitan yang menyokong tuntutan | ||||
iv. | Pihak Yang Menuntut hendaklah memfailkan 4 salinan Borang 1 (salinan tambahan diperlukan sekiranya terdapat lebih daripada seorang penentang) berserta Borang Butiran TPS dan dokumen sokongan melalui 2 kaedah: | |||
a. | Pemfailan di Kaunter TPPS, KPKT bersama dengan fi pemfailan sebanyak RM100.00 (kediaman) atau RM 200.00 (komersial / industri) dalam bentuk wang tunai / bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima. | |||
b. | Pemfailan juga boleh dibuat dengan menghantar Borang 1 melalui Pos bersertakan dengan fi pemfailan RM100.00 (kediaman) atau RM 200.00 (komersial / industri) dalam bentuk bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima. | |||
*AMBIL PERHATIAN bahawa TPS tidak menerima wang tunai melalui pos. | ||||
12. | Apakah proses seterusnya apabila Borang 1 difailkan? | |||
i. | TPS akan memeteraikan Borang 1 dengan dan akan meletakkan tarikh dan menandatangani Borang 1. | |||
ii. | 2 salinan Borang 1 yang telah dimeterai akan dipulangkan kepada Pihak Yang Menuntut. | |||
|
||||
|
||||
iii. | Notis Pendengaran (Borang 4) akan dikeluarkan kepada Pihak Yang Menuntut. Borang 4 tersebut akan menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran. | |||
13. | Apakah kaedah penyerahan Borang 1 kepada Penentang? | |||
Pihak Yang Menuntut perlu menyerahkan Borang 1 kepada Penentang dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang 1 termeterai dikeluarkan oleh TPS. Pihak Yang Menuntut boleh menyerahkan Borang 1 kepada Penentang melalui kaedah-kaedah berikut: | ||||
i. | Secara serahan tangan. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah salinan akuan penerimaan / tandatangan / cop penerimaan / gambar penyerahan dan tarikh penyerahan. | |||
ii. |
Melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi Penentang. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah bukti pengeposan. | |||
iii. |
Melekatkan Borang 1 pada bahagian utama di alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi Penentang. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah gambar Borang 1 dilekatkan di premis tersebut dan tarikh penyerahan. | |||
14. | Apakah yang perlu dilakukan oleh Penentang apabila menerima Borang 1? | |||
Dalam tempoh 14 hari dari tarikh Penentang menerima Borang 1, Penentang hendaklah memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas (Borang 2) dalam 4 salinan di TPS. Pemfailan Borang 2 boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu: | ||||
a. |
Pemfailan di Kaunter TPPS, KPKT bersama dengan fi pemfailan sebanyak RM100.00 (kediaman) atau RM 200.00 (komersial / industri) dalam bentuk wang tunai / bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima. | |||
b. |
Pemfailan juga boleh dibuat dengan menghantar Borang 2 melalui Pos bersertakan dengan fi pemfailan RM100.00 (kediaman) atau RM 200.00 (komersial / industri) dalam bentuk bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima. | |||
*AMBIL PERHATIAN bahawa TPS tidak menerima wang tunai melalui pos. | ||||
15. | Apakah proses seterusnya apabila Borang 2 difailkan? | |||
i. | TPS akan memeteraikan Borang 2 dengan meterai TPS dan akan meletakkan tarikh dan menandatangani Borang 2. | |||
ii. | 2 salinan Borang 2 yang telah dimeterai akan dipulangkan kepada Penentang. | |||
|
||||
|
||||
16. | Apakah kaedah penyerahan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut? | |||
Penentang perlu menyerahkan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang 2 termeterai dikeluarkan oleh TPS. Penentang perlu menyerahkan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut melalui kaedah-kaedah berikut: | ||||
i. | Secara serahan tangan. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah salinan akuan penerimaan / tandatangan / cop penerimaan / gambar penyerahan dan tarikh penyerahan. | |||
ii. |
Melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi Pihak Yang Menuntut. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah bukti pengeposan. | |||
iii. |
Melekatkan Borang 2 pada bahagian utama di alamat perniagaan, petak atau kediaman yang akhir diketahui bagi Pihak Yang Menuntut. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah gambar Borang 2 dilekatkan di premis tersebut dan tarikh penyerahan. | |||
17. | Apakah yang perlu dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut apabila menerima Borang 2? | |||
Sekiranya terdapat Tuntutan Balas dalam Borang 2, dalam tempoh 14 hari dari tarikh Pihak Yang Menuntut menerima Borang 2, Pihak Yang Menuntut hendaklah memfailkan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas (Borang 3) dalam 4 salinan di TPS. Pemfailan Borang 3 boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu: | ||||
Pemfailan Borang 3 | ||||
a. |
Pemfailan di Kaunter TPPS, KPKT bersama dengan fi pemfailan sebanyak RM50.00 (kediaman) atau RM 100.00 (komersial / industri) dalam bentuk wang tunai / bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima. | |||
b. |
Pemfailan juga boleh dibuat dengan menghantar Borang 3 melalui Pos bersertakan dengan fi pemfailan RM50.00 (kediaman) atau RM 100.00 (komersial / industri) dalam bentuk bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima. | |||
*AMBIL PERHATIAN bahawa TPS tidak menerima wang tunai melalui pos. | ||||
Seterusnya >> | ||||
Kemaskini pada 2024-08-16 16:19:09 daripada Administrator