1. | Apakah yang dimaksudkan dengan Program Perumahan Rakyat (PPR)? | |
PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40) | ||
2. | Apakah kategori PPR? | |
PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. | ||
3. | Berapakah kadar sewa PPR DIsewa? | |
Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan | ||
4. | Apakah ciri-ciri PPR? | |
Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut: | ||
i. Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar | ||
ii. Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar | ||
iii. Keluasan - 700 kps | ||
iv. Binaan - 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur | ||
5. | Apakah ciri-ciri PPR? | |
Permohonan PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my atau melalui SUK Perumahan Negeri | ||
6. | Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon PPR Disewa/Dimiliki | |
Syarat-syarat seperti berikut: | ||
i. Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia | ||
ii. Berumur 18 tahun ke atas | ||
iii. Pendapatan kasar isi rumah RM3,000 sebulan | ||
iv. Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah | ||
|