1. | Apakah Program Penyenggaraan Perumahan (PPP)? | |
Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) merupakan program pembangunan KPKT di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Program ini bertujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyenggaraan perumahan kos rendah awam berstrata/ berbilang tingkat. Program ini didasarkan kepada geran sepadan 90:10, di mana (90%) daripada kos akan disumbang oleh pihak kerajaan dan 10% daripada kos ditanggung oleh Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk pelaksanaan projek ini sepanjang tempoh RMK-10 (2011-2015). | ||
2. | Siapakah yang layak memohon PPP? | |
Pihak pengurusan perumahan kos rendah awam berstrata/berbilang tingkat iaitu pihak Kerajaan Negeri/Agensi Kerajaan Negeri/PIhak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab mengurus dan menyeggara perumahan kos rendah awam di negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak adalah layak memohon PPP. | ||
3. | Adakah perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta layak diselenggara dibawah PPP? | |
Tidak. Hal ini adalah kerana Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2012 menetapkan bahawa penyenggaraan perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta dibawah pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan(MC)/ Ejen pengurusan yang dilantik oleh COB adalah dibiayai di bawah program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) yang diuruskan oleh Cawangan Penyenggaraan Rumah Kos Rendah Swasta, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, KPKT. | ||
4. | Apakah skop kerja PPP? | |
Skop kerja PPP memberi fokus kepada kerosakan harta bersama perumahan kos rendah awam berstrata/berbilang tingkat yang menjejaskan keselamatan penduduk seperti berikut: | ||
a. | membaiki atau mengganti lif; | |
b. | membaiki atau mengganti tangki air dan sistem ratikulasi; | |
c. | membaiki atau mengganti paip sanitari; | |
d. | membaiki atau mengganti bumbung; | |
e. | membaiki atau mengganti tangga dan handrail; | |
f. | mengecat bangunan dan harta bersama (setiap 10 tahun); | |
g. | pendawaian dan kerja elektrikal; dan | |
h. | membaiki kerosakan umum pada kemudahan awam harta bersama yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan penghuni. | |
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: No. Telefon : 03-8891 4338 |