Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim : Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

     
     
1. Bagaimanakah caranya untuk membayar balik Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPP)?
   
  Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman:
   
  i.  POSKAN BANK DERAF/KIRIMAN WANG/WANG POS
    Bayaran melalui bank deraf/kiriman wang/wang pos hendaklah berpalang dan dibayar atas nama KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN. Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat. Alamatkan surat anda kepada: Bahagian Pengurusan Perumahan (Skim Pinjaman Perumahan), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Aras 30 No 51,Persiaran Perdana,Presint 4, 62100 Putrajaya.
    *Jangan kirimkan wang tunai.
    Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama penuh, nombor telefon serta alamat suratmenyurat anda ditulis di belakang bank deraf / kiriman wang.
     
  ii. BAYARAN SECARA ON-LINE
  -
 
FPX. Anda perlu mempunyai akaun dengan mana-mana bank yang menyertai FPX (Financial Process Exchange) dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank tersebut.
  -
 
Perkhidmatan online yang disenaraikan di bawah. Perhatian! Anda perlu mempunyai akaun bank yang berkenaan dan mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan online di: www.cimbclicks.com.my atau www.posonline.com.my 
    PERHATIAN: SETIAP TRANSAKSI PEMBAYARAN YANG DILAKUKAN SECARA ONLINE AKAN DIKENAKAN CAJ PERKHIDMATAN OLEH SYARIKAT PENGENDALIAN PERKHIDMATAN
     
  iii. BAYARAN MELALUI KAUNTER
    Bayaran melalui wang tunai boleh dilakukan di semua cawangan Pejabat Pos di Semenanjung Malaysia atau di Kaunter Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Aras 30 , Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya.
     
    MAKLUMAN
    Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda. Resit rasmi Bahagian Pengurusan Perumahan hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat di Bahagian tersebut. Pembayaran melalui cek peribadi tidak dibenarkan.
     
2. Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki pinjaman?
  Baki pinjaman boleh disemak melalui aplikasi Whatsapp di talian 017-3387282 atau hubungi talian 03-8891 4166/4206.
   
3. Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?
  Bayaran balik lebih daripada ansuran asal adalah dibenarkan dan digalakkan.
     
4. Bilakah saya boleh mula membayar balik pinjaman perumahan saya?
  Bayaran ansuran pinjaman boleh dimulakan selepas sebulan dari bayaran peringkat pembinaan yang terakhir. Notis arahan bayaran balik akan dikeluarkan selepas semua bayaran pembinaan disalurkan.
   
5. Bolehkah saya membuat bayaran balik secara sekaligus @ 'lump sum'?
  Bayaran boleh dibuat secara ‘lump sum’ setelah notis bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam
     
6. Bilakah tarikh akhir bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?
  Bayaran boleh dibuat sepanjang masa pada setiap bulan.
     
     
   

  •  
  • Print
  • Email this page