Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim : Program tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M)

1. Apa itu Program TP1M?
  Program membaikpulih/menyelenggara  rumah berstrata kos rendah/sederhana rendah   swasta.
     
2. Siapa yang layak memohon?
  Pihak pengurusan perumahan (JMB/MC) atau persatuan penduduk yang berdaftar bagi rumah berstrata kos rendah/sederhana rendah swasta.
     
3. Berapakah harga rumah bagi kategori rumah kos rendah dan sederhana rendah yang dipertimbangkan?
  Harga Belian asal daripada pemaju seperti di dalam perjanjian jual beli (S&P) adalah seperti berikut: 
  i. Bagi kategori rumah kos rendah swasta: RM42,000.00 ke bawah (bagi Negeri Sarawak : RM59,000.00 ke bawah); 
  ii. Bagi kategori rumah kos sederhana rendah swasta : RM42,001.00 sehingga RM80,000.00 (bagi Negeri Sarawak : RM80,000.00 sehingga RM100,000.00). 
     
4. Apakah kerja pembaikan yang boleh dipohon?
  Skop kerja yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
  i. Penyelenggaraan atau baik pulih lif
  ii. Penyelenggaraan Tangga
  iii. Penyelenggaraan Bumbung
  iv. Mengecat Bangunan
  v. Membaiki tangki air dan sistem retikulasi
  vi. Penyelenggaraan paip sanitari
  vii. Pendawaian semula
  viii. Membaiki kerosakan umum yang membahayakan penghuni
  ix Kerosakan-kerosakan lain yang diputuskan wajar diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tabung
  x. Kerosakan am yang melibatkan harta bersama (common property)
     
5. Adakah kos pembaikan ditampung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan?
  Tidak, Kerajaan Persekutuan hanya menampung 90% daripada kos projek rumah berstrata kos rendah dan 10% ditampung oleh JMB/MC/Persatuan Penduduk. Manakala Kerajaan Persekutuan membiayai sebanyak  70% daripada kos projek rumah berstrata kos sederhana rendah dan baki 30% akan ditampung oleh JMB/MC/Persatuan Penduduk.
     
6. Apakah syarat-syarat lain untuk permohonan TP1M?
  Syarat-syarat lain adalah seperti berikut:
  i. Perumahan yang diduduki kurang dari 10 tahun tidak layak memohon. 
  ii. Hanya kerja penyelenggaraan dengan kos RM50,000 ke atas sahaja akan dipertimbangkan. 
  iii. Permohonan adalah terbuka kepada JMB/MC/PP yang mempunyai dana untuk memenuhi kadar sumbangan yang ditetapkan. 
  iv. Sumbangan daripada JMB/MC/Persatuan Penduduk (10% atau 30%) perlu diperolehi sepenuhnya sebelum projek dilaksanakan (sumbangan hendaklah daripada akaun JMB/MC/Persatuan Penduduk). 
     
7. Siapakah yang akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan? 
  Kerja akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh Agensi Pelaksana (SUK/PPPN/PBT) mengikut proses perolehan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
     
8. Di manakah borang permohonan boleh diperolehi? 
  Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web www.kpkt.gov.my. Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan daripada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan bagi Sabah/Sarawak boleh diperolehi di Pejabat Pengerusi di PBT.   
     
9. Bilakah permohonan boleh dibuat?
  Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun dan boring perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan bagi Sabah/Sarawak boleh diperolehi di Pejabat Pengerusi di PBT.
     
     
 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Setiausaha Bahagian

Bahagian Perkhidmatan Perbandaran 

Sektor Kesejahteraan Banda

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 34, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,

62100 Putrajaya??

No. Telefon        : 03-8891 4338

No. Faksimile     : 03-8891 4332

E-mel                : mridzwan@kpkt.gov.my

     

  •  
  • Print
  • Email this page