Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

1. Apakah perbezaan antara Majlis Daerah / Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
  Majlis/Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah
 
  • Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria antaranya jumlah  penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi RM100 juta.
  • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta
  • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang  dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta.
       
2. Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?
  Jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah  (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah.
       
3. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.
       
  Rujuk statistik PBT DI SINI.
Rujuk senarai PBT DI SINI.
Rujuk senarai agensi diberi kuasa PBT DI SINI.
       
4. Adakah PBT terletak di bawah bidang kuasa KPKT dan apakah bidang tugas Jabatan Kerajaan Tempatan terhadap PBT?
  Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas JKT khususnya dan KPKT amnya adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
       
5. Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
  Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun melalui JKT/KPKT.
       
6. Bolehkah pihak JKT/KPKT membantu orang ramai sekiranya ada masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
  Boleh. JKT/KPKT boleh merujuk masalah tersebut kepada PBT yang berkenaan untuk mendapatkan laporan mengenainya. Sekiranya masalah tersebut didapati serius, JKT/KPKT akan meminta bantuan daripada PBT berkenaan untuk memberi penjelasan serta mengambil tindakan sewajarnya.
       
  Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 25 - 29, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100 Putrajaya

No. Telefon     : 03-8891 3000
No. Faksimile   : 03-8891 3090
E-mel              : jkt@kpkt.gov.my
       
       

  •  
  • Print
  • Email this page