A. PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Apakah yang dimaksudkan dengan (PPKB)? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PPKB merupakan program yang dilaksanakan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Mengapakah PPKB dilaksanakan? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelaksanaan PPKB adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) iaitu untuk mengurangkan insiden kemiskinan daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 2.0% pada tahun 2015 dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah berpendapatan 40% terendah (dirujuk sebagai B40) daripada RM1,440 pada tahun 2009 kepada RM3,050 pada tahun 2015. Program ini juga selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Siapakah kumpulan sasar yang layak menerima bantuan PPKB? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah dari golongan B40 yang berstatus warganegara dan status kemiskinan yang telah disahkan dalam Sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau seperti yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KIR ditakrifkan sebagai seseorang dalam kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal. Manakala AIR adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Apakah Sistem eKasih? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sistem eKasih adalah sistem yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU,JPM) merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. | Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan berpendapatan 40% terendah (Golongan B40)? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sesebuah isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan kurang daripada RM 4,850.00 sebulan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7. | Apakah yang dimaksudkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Survei Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIS&BA) 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). PGK digunakan sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Purata nilai PGK terkini mengikut negeri adalah seperti yang berikut: |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8. | Bagaimana cara untuk membuat permohonan bagi menyertai PPKB? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Calon hendaklah berdaftar di dalam Sistem eKasih dan telah disahkan status kemiskinan di dalam sistem tersebut. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9. | Apakah outcome daripada pelaksanaan PPKB? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kadar keupayaan isi rumah berpendapatan 40% terendah untuk memiliki rumah kediaman yang selamat dan selesa dan meningkatkan pendapatan keluarga melalui peluang-peluang perniagaan yang disediakan dapat ditingkatkan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
B. PROGRAM-PROGRAM DI BAWAH PPKB | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DAIF DI BANDAR | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a) | Apakah matlamat program ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b) | Apakah kriteria kelayakan bagi penerima program ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
i. | Warganegara Malaysia; | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ii. | KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT; | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
iii. | KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin; | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
iv. |
Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah; |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
v. |
Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut; dan |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
vi. | Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
c) | Berapakah kadar bantuan yang diberikan bagi bantuan ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM13,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM15,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | PROJEK RUMAH SEJAHTERA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a) | Apakah matlamat program ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b) | Apakah kriteria kelayakan bagi penerima program ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
c) | Berapakah kadar bantuan yang diberikan bagi bantuan ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM40,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM50,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
a) | Apakah matlamat program ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan kumpulan sasar supaya mampu mendapat pekerjaan/ mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
b) | Apakah kriteria kelayakan bagi penerima program ini? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
i. Warganegara Malaysia; ii. Golongan Pendapatan B40; dan iii. KIR/AIR yang berdaftar dan telah disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih. Julat umur yang dibenarkan bagi setiap peserta adalah dari 18 hingga 60 tahun. Walau bagaimanapun, bagi AIR yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT adalah tidak layak untuk menyertai program ini. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
c) | Apakah skop latihan bagi Program PEKB? | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
i. Program Pembangunan Minda Insan; ii. Program Latihan Kemahiran; iii. Program Celik Kewangan; iv Program Bina Upaya; dan v. Program Promosi dan Pemasaran. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Setiausaha Bahagian Bahagian Kesejahteraan Bandar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 15, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
No. Telefon : 03-8891 5051 No. Faksimile : 03-8891 5547 E-mel : pa_bkb@kpkt.gov.my |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||