Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
w3c
logo-kpkt
Laman Web Rasmi

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

www.kpkt.gov.my

faq-img

Soalan
Lazim

gap-line

hubungi-kami

Hubungi
Kami

gap-line

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

gap-line

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

     
19. Apakah kaedah penyerahan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut?
   
 
Penentang perlu menyerahkan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut. Penentang boleh menyerahkan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut melalui kaedah-kaedah berikut:
 
  i. Meninggalkan Borang 2 dengan Pihak Yang Menuntut. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah gambar Borang 2 ditinggalkan
     
  ii. Memberikan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah tandatangan penerimaan.
     
  iii.
 
Mengeposkan Borang 2 kepada Pihak Yang Menuntut menggunakan pos berdaftar prabayar yang dialamatkan kepada Pihak Yang Menuntut di alamat penyerahannya atau di alamat yang terakhir
diketahui bagi Pihak Yang Menuntut. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah bukti pengeposan.
     
     
20. Apakah yang perlu dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut apabila menerima Borang 2?
   
  Sekiranya terdapat Tuntutan Balas dalam Borang 2, Pihak Yang Menuntut hendaklah memfailkan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas (Borang 3) dalam 4 salinan di TTPR. Pemfailan Borang 3 boleh
dilakukan melalui 2 kaedah seperti yang berikut.
     
  Pemfailan Borang 3
     
  a.

 
Pemfailan di Kaunter TPPS, KPKT bersama dengan fi pemfailan sebanyak RM10.00 dalam bentuk wang tunai bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima.
 
  b.

 
Pemfailan juga boleh dibuat dengan menghantar Borang 3 melalui Pos bersertakan dengan fi pemfailan RM10.00 dalam bentuk bank draf / kiriman wang atas nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T. Bayaran melalui cek peribadi tidak akan diterima.
 
     
  *Pihak Yang Menuntut hendaklah mengisikan nama Akauntan Negara Malaysia-KPKT-T pada bank draf / kiriman wang sebelum pengeposan.
     
  *AMBIL PERHATIAN bahawa TTPR tidak menerima wang tunai melalui pos.
     
     
21. Apakah proses seterusnya setelah Borang 3 difailkan?
   
  i. TTPR akan memeteraikan Borang 3 dengan meterai TTPR dan akan meletakkan tarikh dan menandatangani Borang 3
     
  ii. 2 salinan Borang 3 yang telah dimeterai akan dipulangkan kepada Pihak Yang Menuntut.
   
  • Satu salinan Borang 3 adalah salinan Pihak Yang Menuntut.
   
  • Satu salinan Borang 3 untuk Pihak Yang Menuntut serahkan kepada Penentang
     
     
22. Apakah kaedah penyerahan Borang 3 kepada Penentang?
   
  Pihak Yang Menuntut perlu menyerahkan Borang 3 kepada Penentang. Pihak Yang Menuntut boleh menyerahkan Borang 3 kepada Penentang melalui kaedah-kaedah berikut:
  i.

 
Meninggalkan Borang 3 dengan pengarah / pengurus / setiausaha / pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan / firma. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah gambar Borang 3 ditinggalkan di pertubuhan perbadanan / firma.
     
  ii.

 
Memberikan Borang 3 kepada pengarah / pengurus / setiausaha / pegawai lain seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan / firma. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah tandatangan bersama cop penerimaan pertubuhan perbadanan / firma atau cop penerimaan pertubuhan perbadanan / firma.
     
  iii.

 
Mengeposkan Borang 3 kepada Penentang menggunakan pos berdaftar prabayar yang dialamatkan kepada pertubuhan perbadanan / firma (pengarah / pengurus / setiausaha / pegawai lain seumpamanya) di pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan  / firma atau di alamat penyerahannya. Contoh bukti penyerahan bagi kaedah ini adalah bukti pengeposan.
     
23. Bolehkah Borang 2 difailkan di tempat yang berbeza daripada tempat pemfailan Borang 1?
   
  Tidak boleh.
  Contoh: Sekiranya Borang 1 difailkan di Putrajaya, Borang 2 perlu difailkan di Putrajaya juga dan Borang 2 tersebut tidak boleh difailkan di TTPR di Zon Utara (Kepala Batas, Pulau Pinang) / Zon Timur (Kuala, Terengganu, Terengganu) / Zon Selatan (Johor Bahru, Johor).
     
     
24. Apakah yang perlu dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut dan Penentang pada tarikh pendengaran?
   
  Berikut adalah perkara yang perlu diikuti oleh pihak-pihak sebelum, semasa dan selepas pendengaran:
     
  a. Sebelum pendengaran
     
  i.
 
Pihak-pihak hendaklah berada di Bilik Pendengaran pada hari yang ditetapkan sebelum atau pada pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan.
  ii.

 
Pihak-pihak dinasihati menyemak Senarai Pendengaran Kes yang ditampalkan di luar Bilik Pendengaran TTPR untuk memastikan nombor tuntutan dan pihak-pihak adalah tepat serta menyemak Bilik Pendengaran bagi kes tersebut.
  iii.
 
Pihak-pihak yang menghadiri pendengaran di TTPR hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk disemak oleh Presiden:
   
  • kad pengenalan asal bagi warganegara Malaysia atau passport antarabangsa / dokumen yang berkaitan bagi warganegara asing;
   
  • surat wakil kuasa jika mewakili pemaju, orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya;
   
  • bagi pengarah atau pengerusi pemaju, apa-apa dokumen yang dapat membuktikan jawatan yang dipegangnya;
   
  • semasa pendengaran pertama, bukti serahan tangan atau resit pengeposan pos berdaftar bagi penyerahan Borang 1 kepada Pihak Penentang dan Pihak Pembiaya (bank atau Perbendaharaan Malaysia);
   
  • mana-mana dokumen, rekod atau benda yang berkaitan
     
  iv.
 
Dokumen seperti kad pengenalan asal / passport antarabangsa dan surat wakil kuasa hendaklah dibawa untuk setiap pendengaran dan setiap kes dan bukan sahaja untuk pendengaran pertama di TTPR.
 
     
  b. Semasa pendengaran
     
  i. Pendengaran tuntutan dalam TTPR akan dijalankan di hadapan seorang Presiden
  ii. Semua orang yang berada dalam mahkamah TTPR hendaklah berdiri dan menunduk hormat apabila Presiden masuk atau keluar daripada mahkamah TTPR.
  iii. Semua orang perlu menunduk hormat kepada Presiden semasa masuk atau keluar daripada mahkamah TTPR.
  iv. Kedua-dua pihak hendaklah tampil ke hadapan apabila nama dan nombor tuntutan kes dipanggil oleh Jurubahasa.
  v. Kedua-dua pihak hendaklah berdiri apabila dipanggil oleh Presiden untuk menjelaskan tuntutan atau pembelaan masing-masing serta menjawab soalan-soalan daripada Presiden.
  vi. Kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing.
  vii.
 
Mana-mana pihak yang ingin menunjukkan apa-apa dokumen, rekod atau benda kepada Presiden semasa pendengaran hendaklah memberikan sesalinan dokumen, rekod atau benda yang sama kepada pihak yang satu lagi.
  viii. Kedua-dua pihak hendaklah berdiri apabila Presiden membacakan keputusan bagi kes tersebut. 
     
  c. Selepas pendengaran
     
  i.

 
Sekiranya Presiden membuat keputusan bagi kes tersebut pada hari berkenaan, pihak-pihak hendaklah menunggu untuk mendapatkan salinan award bagi kes tersebut daripada Jurubahasa serta menyemak sama ada butiran seperti nama pihak-pihak, nombor tuntutan, tarikh pendengaran dan keputusan TTPR yang dinyatakan dalam award adalah tepat.
  ii.

 
Sekiranya pendengaran ditangguh atau disambung kepada suatu tarikh tertentu yang ditetapkan, pihak-pihak hendaklah menunggu untuk mendapatkan slip makluman pendengaran bagi pendengaran yang seterusnya daripada Jurubahasa
     
     
25. Adakah pengambilan gambar atau rakaman video / audio dibenarkan semasa pendengaran?
  Tidak boleh.
   
     
     
26. Adakah orang lain boleh hadir untuk mewakili Pihak Yang Menuntut  / Penentang semasa pendengaran?
   
  Tidak kecuali dalam situasi seperti berikut:
     
  a.
 
Bagi perbadanan / kumpulan orang yang tidak diperbadankan.
Mereka boleh diwakili oleh pekerja yang bergaji sepenuh masa.
     
  b.
 
Bagi orang belum dewasa / orang kurang upaya
Orang belum dewasa atau mana-mana orang lain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakilnya atau penjaga ad litemnya.
     
  Dalam situasi di atas, wakil tersebut hendaklah membawa surat wakil kuasa yang ditandatangani oleh Pihak Yang Menuntut / Penentang (yang mana berkenaan).
     
     
27.
 
Sekiranya Pihak Yang Menuntut (individu) tidak berupaya untuk membentangkan tuntutannya semasa pendengaran kerana mempunyai masalah komunikasi, adakah orang lain boleh hadir untuk mewakili Pihak Yang Menuntut semasa pendengaran?
   
  Pihak Yang Menuntut boleh memohon kebenaran Presiden TTPR untuk mendapatkan bantuan seorang wakil bagi membentangkan tuntutannya, tertakluk kepada budi bicara Presiden TTPR. Walau bagaimanapun, Pihak Yang Menuntut masih perlu hadir sendiri bersama wakil tersebut walaupun Presiden memberikan kebenaran. Hanya wakil yang layak seperti ahli keluarga terdekat sahaja iaitu anak, ibu, bapa, suami, isteri, adik beradik atau cucu yang boleh hadir semasa sesi perbicaraan untuk membantu Pihak Yang Menuntut.
     
     
28. Adakah pihak-pihak boleh melantik peguam untuk mewakili mereka semasa pendengaran?
   
  Tidak. Walau bagaimanapun, pihak-pihak boleh memohon kepada Presiden TTPR kebenaran untuk diwakili oleh peguam sekiranya:
   
  i. perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks; dan
     
  ii. satu pihak akan menghadapi kesusahan kewangan yang teruk jika dia tidak diwakili oleh seorang peguam.
     
     
29.
 
Sekiranya Pihak Yang Menuntut / Penentang tidak dapat hadir pada tarikh pendengaran yang telah ditetapkan oleh TTPR, apakah yang boleh dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut?
 
  Pihak Yang Menuntut / Penentang perlu hadir pada tarikh pendengaran yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya Pihak Yang Menuntut / Penentang tidak dapat hadir, Pihak Yang Menuntut / Penentang boleh memohon penangguhan tarikh pendengaran dengan mengemukakan alasan yang kukuh berserta dengan dokumen sokongan, sebagai contoh sijil cuti sakit atau tiket penerbangan.
     
  Bagi tujuan permohonan penangguhan di hadapan Presiden TTPR, Pihak Yang Menuntut / Penentang boleh menghantar wakil untuk berbuat demikian semasa pendengaran.
     
     
30.
 
Apakah keputusan yang boleh dibuat oleh Presiden TTPR pada tarikh pendengaran sekiranya salah satu Pihak Yang Menuntut / Penentang atau kedua-dua pihak tidak hadir?
 
  Sekiranya Pihak Yang Menuntut tidak hadir dan Penentang hadir, tuntutan boleh dibatalkan atau award dikeluarkan kepada Penentang sekiranya ada tuntutan balas oleh Penentang.
     
  Sekiranya Penentang tidak hadir, award boleh dikeluarkan terhadap Penentang dan tuntutan balas akan dibatalkan (sekiranya ada).
     
     
31.

 
Sekiranya salah satu Pihak Yang Menuntut / Penentang tidak hadir pada tarikh pendengaran dan suatu award dikeluarkan oleh TTPR terhadap Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut, apakah yang boleh dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut?
 
  Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut boleh memohon untuk mengetepikan award tersebut. Permohonan untuk mengetepikan award tersebut boleh dibuat dengan memfailkan Permohonan Untuk Mengetepikan Award (Borang 12) dalam tempoh 30 hari dari tarikh award tersebut diterima oleh Pihak Yang Menuntut / Penentang tersebut.
     
     
32.
 
Apakah keputusan yang boleh dibuat oleh Presiden TTPR pada akhir pendengaran tuntutan di mana kedua-dua pihak telah hadir?
 
  i. TTPR akan membuat mengeluarkan Award Selepas Pendengaran (Borang 10) berdasarkan penilaian fakta dan undang-undang yang terlibat
  ii. Sekiranya terdapat persetujuan antara kedua-dua pihak, TTPR akan mengeluarkan Award Secara Persetujuan (Borang 9).
     
     
33.
 
Adakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TTPR terlibat dengan penentuan keputusan oleh Presiden TTPR dalam sesuatu tuntutan?
 
  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TTPR tidak terlibat sama sekali dengan penentuan keputusan oleh Presiden TTPR yang mendengar tuntutan tersebut. Keputusan Presiden TTPR dibuat secara bebas berdasarkan penilaian fakta dan undang-undang yang terlibat, tanpa sebarang campur tangan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi TTPR.
     
     
34. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya mana-mana pihak tidak mematuhi award yang dikeluarkan oleh TTPR?
  Award (Keputusan) yang dikeluarkan oleh TTPR adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding kes tersebut. Sekiranya terdapat keingkaran award, pihak yang terkilan perlu memberi 4 salinan notis ingkar award dan 6 salinan award kepada TTPR.
     
  Setiausaha TTPR kemudian akan menghantar suatu salinan award yang dibuat oleh TTPR itu kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang baginya award itu adalah berkaitan atau di tempat award itu dibuat.
     
  Award tersebut akan direkodkan di Mahkamah Majistret dan TTPR akan menyerahkan award tersebut kepada pihak yang terkilan setelah menerima kembali award berkenaan.
     
  Tempoh award direkodkan oleh Mahkamah Majistret adalah bergantung kepada masa yang diambil oleh Mahkamah tersebut.
     
     
35. Apakah tindakan selanjutnya yang boleh diambil selepas menerima award yang telah didaftarkan di Mahkamah?
   
  Dua (2) tindakan boleh diambil oleh pihak yang terkilan:
   
  a. Tindakan sivil
    Award yang telah didaftarkan itu boleh dikuatkuasakan oleh pihak yang terkilan melalui tindakan sivil dengan memfailkan apa-apa prosiding pelaksanaan di Mahkamah Sivil. Pihak yang terkilan boleh melantik peguam sendiri untuk tujuan tersebut sekiranya perlu.
     
  b. Tindakan jenayah
    Keingkaran untuk mematuhi award merupakan suatu kesalahan jenayah yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000.00 hingga RM 50,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya. Bagi tujuan penguatkuasaan jenayah, pihak yang terkilan perlu memaklumkan kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk tujuan tindakan pendakwaan oleh JPN.
     
     
36. Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan award yang dibuat oleh TTPR, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak tersebut?
   
  Pihak tersebut boleh memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil untuk mencabar award TTPR tersebut.
     
     
37. Adakah pihak-pihak boleh mendapatkan nota keterangan dan alasan penghakiman daripada TTPR bagi sesuatu tuntutan?
   
  Salinan nota keterangan dan alasan penghakiman penuh bertulis akan dibekalkan kepada pihak-pihak setelah permohonan kebenaran semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi.

Pihak-pihak hendaklah mengemukakan sesalinan kertas kausa permohonan semakan kehakiman tersebut (Permohonan Semakan Kehakiman, Pernyataan, Afidavit Sokongan, Perintah Kebenaran Semakan Kehakiman) kepada TTPR.
     
     
38. Adakah award TTPR boleh dipinda setelah ia dikeluarkan oleh TTPR?
   
  Award TTPR adalah muktamad dan tidak boleh dipinda kecuali untuk membaiki atau membetulkan kesilapan sunting atau kesilapan / peninggalan yang tidak disengajakan.
     
     
39. Adakah pelaksanaan award TTPR boleh ditangguhkan atau digantungkan oleh TTPR?
   
  TTPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangguhkan atau menggantungkan pelaksanaan awardnya. Sebarang penangguhan atau penggantungan pelaksanaan award TTPR hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil dalam permohonan semakan kehakiman.
     
     
40. Bagaimanakah pihak-pihak boleh membuat pertanyaan kepada TTPR setelah tuntutan difailkan?
   
  Untuk urusan pertanyaan setelah tuntutan difailkan, Pihak Yang Menuntut dan / atau Penentang boleh menghantar surat / emel / membuat panggilan telefon ke TTPR, dan sila nyatakan nombor kes TTPR yang telah diberikan bagi tuntutan tersebut.
     
  Surat boleh dihantar ke Setiausaha Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata di alamat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Aras 3-4, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
     
  Emel boleh dihantar ke tribunal@kpkt.gov.my
     
  Panggilan telefon boleh dibuat ke 03-88913284
     
     
     
     
<< Kembali
     

Kemaskini pada 2023-12-06 16:59:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page